Percutian

Forest Skywalk FRIM Dibuka 31 Ogos Ini. Ada Menara 50m, View Cantik Sangat!

2.9K
SHARES

‘Forest Skywalk’ (juga dikenali Jejantas Rimba) FRIM yang terletak di dalam Taman Botani Kepong (Kepong Botanical Garden) akan dibuka kepada orang ramai mulai 31 Ogos 2020 (Isnin).

Jejantas ini berukuran 18-50 m tinggi dan 250 m panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.

Forest skywalk FRIM

Apabila berada di atas jejantas, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah KBG, hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong serta Kuala Lumpur.

Foto diambil dari udara.

Di atas menara peninjauan 50 m pula, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.

Forest skywalk FRIM

Pemandangan dari menara.

Bilangan Pengunjung Yang Dibenarkan

Bilangan pengunjung setiap hari: maksimum 150 orang.

Bagi kumpulan yang melebihi 10 peserta, tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh lawatan dan perkhidmatan jurupandu alam (nature guide) diwajibkan.

Forest skywalk FRIM

Waktu Operasi Forest Skywalk FRIM

Waktu operasi Forest Skywalk / Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut:

  • Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang
  • Jumaat: 8.30 pagi–12.15 petang; 2.45–4.30 petang
    *Kemasukan terakhir: 1 jam sebelum penutupan.

Harga Tiket

Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
  • Kakitangan FRIM: RM 8
  • Warga emas: RM 10 | *RM40
  • Dewasa: RM 15 | *RM 40
  • Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10

NOTA: Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.

*Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, bayaran parkir dan kemasukan Taman Botanikal Kepong juga dikenakan.

Baca juga : Uniknya! Ini 16 Tempat Percutian Paling ‘Rare’ Di Malaysia Untuk Anda Cuba

Forest skywalk FRIM

SOP Terkini

Pengunjung perlu memakai pakaian terutamanya kasut yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.

Pengunjung juga perlu memastikan pematuhan SOP MKN semasa lawatan yang dikenakan di Taman Botani Kepong.

Antara SOP di Taman Botani Kepong yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

  • Bilangan pejoging setiap satu masa: KBG (maksimum 300 orang); Taman Warisan (tidak terhad);
  • Kawasan yang dibenarkan: Hanya jalan berturap dan trek joging; dan
  • Dilarang menjalankan aktiviti berkumpulan seperti taichi, zumba atau menggunakan pondok rehat serta fasiliti ‘parcourse’.
  • Semua pengunjung FRIM perlu mematuhi arahan pengawal keselamatan FRIM serta SOP yang dikenakan oleh kerajaan seperti ‘check-in’ dengan aplikasi MySejahtera dan suhu badan tidak melebihi 37.5ºC.
  • Mereka yang menghidap penyakit kronik, warga emas dan kanak-kanak tidak digalakkan masuk. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu diiringi oleh ibu bapa atau penjaga.

(*sila rujuk https://www.facebook.com/FRIMKepong/posts/3086598021375486).

Maklumat Lanjut

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC) menerusi e-mel [email protected]/ atau melalui talian 03-6279 7592/7596/7649.

Baca juga : Hari Kebangsaan Nak Buat Apa? Ini 7 Tempat Bersejarah Anda Wajib Lawati Bersama Keluarga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×