Famili

Hari Kebangsaan Nak Buat Apa? Ini 7 Tempat Bersejarah Anda Wajib Lawati Bersama Keluarga

205
SHARES

Hari Kebangsaan 2020 sudah semakin hampir. Namun, sambutan kali ini ternyata agak berbeza kerana bukan sahaja negara kita malah seluruh dunia sedang berhadapan dengan ancaman wabak pandemik. Walaupun kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, ramai dalam kalangan kita yang sudah membawa keluarga bercuti dalam negara setelah hampir 4 bulan ‘terperangkap’ di dalam rumah.

Oleh itu, apa kata sempena sambutan Hari Kebangsaan dalam norma baharu kali ini, kita bawa anak-anak dan seisi keluarga melawat tempat tarikan sejarah yang menarik di dalam negara. Bukan sahaja menarik malah anak-anak juga dapat mempelajari dan mendalami sejarah kemerdekaan Malaysia.

1.TUGU NEGARA

Tugu Peringatan Negara adalah satu tugu setinggi 49 kaki yang dibina bagi memperingati jasa prajurit yang terkorban sewaktu peperangan Dunia I, II dan sewaktu darurat.Dibina pada tahun 1966 oleh pemahat Austria, Felix de Weldon (yang juga bertanggungjawab mereka Memorial Perang Iwo Jima di Virginia, Washington) arca ini telah melalui pengubahsuaian pada tahun 1975 selepas ia rosak teruk di dalam satu letupan bom yang disyaki dilakukan oleh parti komunis Malaya.

1. Ahli Tugu Drum Circle bertemu di sini setiap hari Ahad dari 5:30 ptg untuk aktiviti pengajaran dan permainan gendang.

2. Taman ukiran ASEAN yang kurang mendapati publisiti terletak 100 meter dari tugu ini. Ia memuatkan karya seni awam oleh pereka-pereka ASEAN.

2.MUZIUM NEGARA

Muzium ini ada 4 galeri utama. Anda boleh datang, dan tengok bagaimana Kepulauan Melayu bermula. Ada sejarah dan artifak dari zaman hebatnya negeri Melaka sampailah kepada penjajahan British dan Jepun ke atas kita. Kanak-kanak berseragam sekolah dan di bawah umur 12 tahun masuk percuma. Untuk orang Dewasa (RM 2) dan Kanak-Kanak (RM 1). Kalau anda mahu informasi yang lebih tentang sejarah negara ini, ada khidmat pemandu pelancong muzium percuma yang diatur oleh Sukarelawan Muzium.

3.DATARAN MERDEKA

Bagi memudahkan proses lawatan anda kami memaparkan lokasi utama yang membolehkan anda melawat beberapa tarikan dalam satu masa. Lokasi utama yang kami maksudkan adalah Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka bukan sahaja merupakan lokasi bersejarah, ia juga turut menempatkan banyak tarikan penting di Kuala Lumpur. Bagi yang mempunyai masa yang terhad, kunjungan ke sini dapat menjimatkan masa lawatan untuk mengenali Kuala Lumpur lebih dekat dan Malaysia secara tidak langsung. Antara tarikan-tarikan yang dimaksudkan adalah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Tekstil Negara, KL City Gallery, Muzium Muzik dan Pasar Seni.

4.KOTA A.FAMOSA

A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Disamping kota A Famosa ini, anda berkesempatan untuk melawati pelbagai tempat dan tinggalan sejarah dari Zaman Kesultanan Melayu, Zaman Penjajahan hinggalah Zaman Kemerdekaan.

5.KUNDASANG WAR MEMORIAL

Kundasang War Memorial adalah salah satu tugu peringatan untuk mengenang keberanian Tawanan Perang Australia dan Inggris yang gugur di Sandakan dan selama pawai kematian yang keji ke Ranau pada Perang Dunia II. Tugu ini dibuka untuk umum. Para pelancong di luar atau di dalam negara boleh datang melawat. Ianya bukan hanya untuk melihat taman yang sempurna tetapi untuk mengenang mereka yang mengorbankan hidup demi kemerdekaan orang lain. Harga tiket masuk adalah Dewasa RM 2.00, Kanak-kanak RM 2.00.

6.BUKIT BENDERA

Pada zaman dahulu, Bukit Bendera ini dibuka oleh penjajah untuk menanan strawberry. Tetapi kini ia digunakan untuk melihat bandar Georgetown. Bukit ini Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas bandar George Town, puncak bukit ini. Selain itu, bukit ini juga mempunyai panorama yang mengasyikkan. Secara umumnya, bukit ini lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari puncak, para pelancong boleh melihat pemandangan yang menakjubkan ke seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Antara kawasan yang anda boleh lawati adalah The Habitat, Nature Walks, Monkey Cup Garden.

Tiket untuk naik Bukit Bendera adalah berharga RM 10 untuk dewasa.

7.FORT CORNWALLIS

Di antara tinggalan tertua dan paling bersejarah di Penang ialah Fort Cornwallis — tempat Francis Light, menjejakkan kakinya di pulau ini.Pada hari ini, kawasan ini hanya tinggal batu luar dan kira-kira 17 meriam lama. Tetapi anda masih boleh melihat beberapa struktur seperti gereja kecil, bilik tahanan serta tempat simpanan peluru.

Harga tiket dewasa adalah RM10 dan RM 5 untuk kanak-kanak.

*Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak bercuti di samping dapat mempelajari tentang erti Kemerdekaan dalam menyambut Hari Kebangsaan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×