Rakyat

Cara Daftar Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Secara ‘One-Off’

1.3K
SHARES
bantuan khas ibu tunggal

Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Berikut adalah syarat kelayakan dan cara daftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang perlu anda tahu.

Kategori Pemohon

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.

*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

i. taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;

ii. mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau

iii. tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Syarat Kelayakan

  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

Cara Daftar Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

1. Pergi ke pautan https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/

2. Sila isi borang mengikut negeri pemohon.

3. Pemohon perlu log masuk ke akaun Google untuk mengisi borang permohonan.

4. Lampirkan dokumen sokongan bersama-sama dengan Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Berikut adalah pautan untuk memuat turun borang permohonan :
https://drive.google.com/file/d/1FzoViSCbeB0R7BuLQ0DGmP0asr4So9Jz/view?fbclid=IwAR3HCBuD4YojApbFVzos9j_tOvE9VlHx421gsla8tu6z2epSxzMa3BPmBJI

5. Lengkapkan borang mengikut panduan di bawah.

Borang yang telah lengkap boleh dihantar secara serahan tangan atau melalui pos ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri masing-masing.

*Bagi pemohon yang menetap di Selangor, anda boleh menghantar borang ke alamat berikut:

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor

Tingkat 7 Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

MAKLUMAN : Bagi pemohon yang menetap diluar Selangor, sila hubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di negeri masing-masing untuk sebarang maklumat.

Tarikh Akhir Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Tarikh akhir memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal adalah pada 31 Oktober 2020.

Semakan Keputusan & Tarikh Bayaran

Sekiranya layak, penerima akan menerima bantuan RM300 secara one-off (sekaligus) melalui akaun bank masing-masing.

Tarikh pembayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal adalah pada bulan Julai hingga November 2020.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/ dan follow Facebook Jabatan Pembangunan Wanita untuk sebarang update terkini.

Baca FAQ delanjutnya melalui infografik ini:

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi nombor yang tertera di bawah ini.

  • 03-8323 2162
  • 03-8323 2149
  • 03-8323 2135
  • 03-8323 2138

Anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya dengan menghantar e-mel ke alamat [email protected]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×