Nur

Pakar Perubatan Islam Kongsi Ciri Orang Terkena Gangguan Jin Semasa Tidur & Dalam Mimpi

46
SHARES

Selain manusia, tumbuhan dan haiwan, Allah SWT juga menciptakan jin. Jin adalah makhluk ghaib yang diciptakan Allah SWT dari api dan memiliki akal. Manusia dan jin memiliki persamaan dan diyakini hidup berdampingan meskipun dalam alam yang berbeza.

Oleh kerana ramai yang ingin tahu mengenai hal ini, seorang pendakwah Islam, telah berkongsi ciri-ciri orang yang terkena gangguan jin menerusi laman TikTok @Akademiarash.

Baca juga: Doktor Jelaskan Anak Suka Menggesel Gigi Ketika Tidur Bukan Kerana Gangguan Jin, Tapi…

CIRI-CIRI ORANG YANG TERKENA GANGGUAN JIN SEMASA TIDUR/ DALAM MIMPI

Walaupun berlainan alam, kita mungkin sering kali mendengar cerita tentang manusia yang diganggu jin. Salah satu gangguan yang kerap dilakukan jin adalah pada saat manusia sedang tidur.

1. Sukar tidur malam.

2. Suka tidur pada waktu terlarang. Contohnya pada waktu senja, sebelum maghrib, selepas asar.

3. Kerap mimpi binatang berbisa. Antara haiwan yang berbisa adalah ular dan kala jengking menyerang dalam mimpi.

4. Mimpi mengandung, melahirkan malah menyusukan anak.

5. Jatuh dari tempat yang tinggi kemudian terperanjat dan bangun dari tidur.

6. Kerap mimpi tempat kotor seperti tandas, tempat pembuangan sampah dan sebagainya.

7. Mimpi sesuatu yang ganjil dan menakutkan secara berulang-ulang.

8. Mimpi rumah lama atau saudara mara yang telah meninggal datang melawat kita.

9. Mimpi berada di kawasan tanah perkuburan.

10. Mimpi melihat gereja atau didatangi seorang paderi.

Video penuh:

@akademiarash

DIGANGGU?? #fyp #fypシ #akademiarash #dakwahtiktok #tiktokmalaysia #arashmalaysia @amirulmukmininalfaruq

♬ original sound – Akademi ARASH – Akademi ARASH

@akademiarash

Part 2️⃣ #SwishHealthyDance #fyp #fypシ #akademiarash #dakwahtiktok #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia

♬ original sound – Akademi ARASH – Akademi ARASH

Wallahualam, semoga perkongsian ini dapat memberikan informasi kepada saudara Muslim kita.

Sumber: TikTok @Akademiarash

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×