Artikel kali ini penulis ingin kongsikan niat Puasa Ayyamul Bidh atau Puasa Hari Putih yang jatuh pada hari ke-13,14 dan 15 setiap bulan dalam kalendar Hijriah.
Bagi bulan November, puasa ini boleh dilakukan bermula esok iaitu 15 hingga 17 November ini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Baca juga: Permohanan Untuk Bayaran Fasa 1 STR 2025 Dibuka Sehingga 30 November Ini
NIAT PUASA AYYAMUL BIDH PADA 15,16 & 17 NOVEMBER INI
Istilah “Ayyamul Bidh” bermaksud “hari-hari putih,” merujuk kepada waktu ketika bulan purnama bersinar terang. Antara kelebihan Puasa Ayyamul Bidh adalah mendapat ganjaran pahala sepanjang tahun.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)
Selain itu, berpuasa turut dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana ia merupakan amalan sunat yang dianjurkan. Kelebihan selanjutnya adalah anda dapat melakukan pembersihan jiwa di mana membantu menguatkan rohani dan mengawal nafsu dalam semua perkara.
Niat puasa Ayyamul Bidh adalah seperti berikut:
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى.
Nawaitu Sauma Ayyaamal Bidh Sunnatan Lillahi Ta’ala
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
Kelebihan berpuasa menurut sains
Kajian yang dilakukan oleh Profesor Valter Lango, Universiti Southern California mendapati sistem ketahanan badan yang berpuasa berada dalam keadaan bagus daripada sebelumnya.
Difahamkan juga risiko untuk mengalami penyakit berbahaya seperti kanser adalah lebih rendah kerana sistem imunisasi badan anda berada di tahap yang bagus berbanding biasa.
Jadi, jangan lupa untuk rebut peluang ini dan berpuasa pada 15,16 serta 17 November.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca SirapLimau dan selamat berpuasa.
Baca juga: Cara Mohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024/2025, Pastikan Ikut Syarat Ini
Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun