Famili

Malaysia No. 3 Ramai Bujang Di Asia Tenggara, Betul Ke Tak Nak Kahwin Ni?

1
SHARES
negara asia tenggara

Nampaknya ramai rakyat di dalam negara Asia Tenggara yang lebih suka hidup bujang, termasuklah Malaysia. Menariknya, Malaysia berada di kedudukan ketiga teratas dalam data yang dikeluarkan Seasia Stats mengenai populasi individu bujang di negara-negara Asia Tenggara.

Tak sangka ya, ramainya rakyat Malaysia yang memilih untuk hidup bujang. Jom lihat data di bawah dengan lebih lanjut!

Baca juga: Nak Borang Kahwin Cepat Diproses? Ini Tips Isi Borang SPPIM, Semoga Lancar Urusan Nikah!

NEGARA ASIA TENGGARA: POPULASI ORANG BUJANG

negara asia tenggara

Gambar: pvproductions

Berdasarkan laporan Seasia Stats, Malaysia berada di tempat ketiga dengan 44.68 peratus penduduknya yang dikenal pasti sebagai individu bujang dalam kalangan negara di Asia Tenggara.

Di mana, individu bujang ini diklasifikasikan sebagai individu yang belum berkahwin, bercerai berpisah atau balu.

Kajian itu berdasarkan sumber daripada Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Statistik Populasi & Bujang berdasarkan data pada 2021. Menurutnya, PBB telah mengumpulkan data perkahwinan lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia, daripada tahun 1970 hingga tahun 2021.

Baca juga: Apakah Berdosa Tak Mahu Kahwin? Ini Hukumnya & Penjelasan Daripada UAI

Faktor peningkatan individu bujang di Malaysia

Dipetik dari Harian Metro, data itu mendapati, pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan individu bujang di Malaysia. Ia termasuklah pandangan masyarakat terhadap perkahwinan, peningkatan ekonomi serta meningkatnya keperluan sosial mereka yang masih bujang.

Peratusan individu bujang di negara-negara rantau Asia Tenggara

negara asia tenggara

Gambar: Seasia Stats

Sementara itu, negara Filipina (49%) dan Brunei (44.9%) berada di tempat pertama dan kedua dari populasi negara masing-masing yang berstatus bujang.

Negara Kemboja, Myanmar dan Thailand berada di bawah Malaysia dengan 44.60 peratus, 29 peratus dan 23 peratus, meletakkan mereka di tempat keempat hingga keenam.

Diikuti negara Indonesia (22 %), Singapura (20 %), Laos (17 %). Manakala, dua negara dengan individu bujang terendah di rantau Asia Tenggara adalah negara Vietnam (16 %) dan Timor-Leste (13 %).

Baca juga: ‘Speed Dating’ Budaya Baru Merisaukan, Taaruf Orang Islam Bukan Begitu Caranya!

Sumber: Seasia Stats / Harian Metro

FT Image: rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×