Nama pemain bola sepak penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada musim ini, telah membawa berita baik buat peminat tanah air. Di mana, salah seorang pemain bola Johor Darul Takzim (JDT) berada di antara kedudukan tertinggi sebagai penjaring gol terbanyak.
Stadium Astro melaporkan, pemain sayap Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Arif Aiman Hanapi menduduki tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak ACLE bagi musim ini.
Baca juga: [VIDEO] Baby Kucing Jalanan Malaysia Bergelar Juara Dunia, Tewaskan 1,500 Ekor Pesaing!
NAMA PEMAIN BOLA SEPAK PENJARING TERBANYAK ACLE
Setakat ini carta kedudukan ACLE menyaksikan, pemain berusia 22 tahun itu telah menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan.
Sekali gus, melayakkan dirinya berada di tangga kedua bersama empat pemain lain.
Baca juga: Biodata Mirzan Meer Pewaris Habib Jewels, Berjaya ‘Tambat’ Hati Bintang Terkenal Indonesia
Kedudukan ACLE
Sementara itu, Jasir Asani yang merupakan pemain dari Gwangju FC berada di kedudukan teratas dengan enam jaringan gol.
Berkongsi kedudukan yang sama bersama Arif Aiman dengan jaringan empat gol adalah Soufiane Rahimi dari Al Ain FC serta dua pemain AL Hilal SFC, Aleksandar Mitrović dan Salem Al Dawsari.
Pemain Shanghai Shenhua FC, André Luis dan Riyad Karim Mahrez dari Al Ahli Saudi FC mengikuti dari belakang dengan tiga jaringan gol.
Dalam masa yang sama, kapten pasukan Al Nassr iaitu Cristiano Ronaldo hanya menjaringkan dua gol.
Baca juga: Jadi Kebanggaan Malaysia & Dunia, Ini 6 Tokoh Wanita Popular Jadi Inspirasi!
P/s: Nampaknya, ‘taring’ Arif Aiman masih kekal berbisa ya. Syabas diucapkan! Semoga dapat memberi inspirasi dan menjadi contoh kepada anak-anak muda yang meminati sukan bola sepak.
Baca juga: Dah 67 Tahun Malaysia Merdeka, Ini Senarai Logo & Tema Hari Kebangsaan 1970 – 2024!
Sumber: Stadium ASTRO / ACLE
FT Image: Facebook JDT / Instagram Georgina Rodríguez