Kini Trending

Nak Tambah Ilmu Parenting? Jom ‘Borak-Borak’ Siraplimau Di Karnival Jom Heboh!

2
SHARES

“JOM..JOM..JOM HEBOH!”

Nampaknya Karnival Jom Heboh kini sudah kembali! Bakal berlangsung pada 25 & 26 Jun 2022 dari 8 pagi sehingga lewat malam bertempat di Anjung Floria, Putrajaya, Karnival Jom Heboh tampil dengan lebih ranggi dan berwarna-warni untuk anda semua!

Baca juga: Siraplimau ‘Panaskan’ Karnival Jom Heboh Dengan Demonstrasi Muay Thai!

TAMBAH ILMU PARENTING DENGAN BORAK-BORAK SIRAPLIMAU DI JOM HEBOH

Lebih menarik, Karnival Jom Heboh pada kali ini turut disertai oleh beberapa jenama media di bawah platform digital REV Media iaitu Siraplimau, Ohbulan, Seismik TV dan Vocket. Selain ada aktiviti demonstrasi Muay Thai pada hari Sabtu, pada hari Ahad (26 Jun) pula kami ada Dr. Putri Afzan Maria, Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Terapi Emosi yang akan membincangkan topik berkisarkan tentang hubungan antara anak-anak dan ibu bapa. Sesi ini akan dikendalikan oleh pengacara popular, Irfan Syahmi.

Foto: Instagram Dr.Putri Afzan Maria

Jadi, inilah masanya untuk mak ayah yang datang ke Karnival Jom Heboh luangkan masa dengan menambah ilmu parenting supaya hubungan bersama anak-anak makin kuat. Bukan senang nak tahu tips berharga bonding bersama anak-anak dan apa sahaja persoalan berkenaan topik juga boleh diajukan terus kepada pakar.

HADIAH MENARIK UNTUK ANDA PUN ADA!

Nak menang hadiah menarik daripada Siraplimau? Jangan lupa sertai kedua-dua sesi dan korang berpeluang bawa pulang hadiah istimewa barangan eksklusif Siraplimau & Media Prima, pakej penginapan hotel dari Four Points by Sheraton Desaru, baucar dari La Juiceria, Kopi Saigon, Tony Romas, Manhanttan Fish Market, Nasi Ahmad dan tiket masuk ke Petrosains! Wah banyaknya!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Putrajaya tau! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×