Famili

Nak Si Manja Anda Hiasi Muka Depan Majalah & Rebut Hadiah Sehingga RM80,000? Jom Snap & Win!

5.8K
SHARES

Siapa yang tak terhibur dengan keletah si manja kan? Yang ada anak kecil tu mesti rasa hilang penat bila nampak muka anak lepas balik kerja. Tu yang rasa nak tangkap gambar dan rakam setiap telatah mereka untuk kenang-kenangan. Yelah, bila mereka dah besar nanti, mesti kita akan rindu semua tu.

Haa..cakap pasal tangkap gambar, kami ada berita baik untuk para ibu bapa ni! Dengar cerita, anda berpeluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah bernilai sehingga RM80,000!

SNAP FOTO SI MANJA, UPLOAD DAN MENANG!

Sebut je Johnson’s® mesti jenama ni tak asing lagi buat para ibu di luar sana kan? Johnson’s® merupakan jenama yang dipercayai ibu-ibu sejak 125 tahun dahulu dalam menjaga dan melindungi kulit si manja.

Bersempena dengan ulang tahun ke-125 mereka, Johnson’s® mengadakan pertandingan bergambar & menang Johnson’s® Baby of the Year Contest bertemakan “Celebrate Johnson’s 125 Years with Your Princes & Princesses”!

SI MANJA ANDA MUNGKIN AKAN MUNCUL DI MUKA DEPAN MAJALAH!

Selain memenangi wang tunai RM5000 dan hamper Johnson’s® Baby bernilai RM400, dua pemenang daripada setiap kategori umur akan turut menghiasi muka depan majalah. Fuyoo, glamour habis lah si comel anda nanti!

Haa..untuk anda yang suka berkongsi wajah comel ataupun gelagat si manja, apa kata kali ini anda sertai pertandingan Johnson’s® Baby of the Year Contest ni.

Bukan sahaja anda dan si manja boleh bawa pulang RM5000, malah si kecil anda berpeluang untuk siap boleh muncul di muka depan majalah dan memenangi hamper daripada produk Johnson’s® Baby!

Jika anda tidak bertuah untuk memenangi hadiah utama, tidak mengapa… Ada 10 hadiah saguhati juga untuk setiap kategori iaitu wang tunai RM500 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400. Bestnya!

Bagi ibu bapa, anak-anak ni bagaikan puteri dan putera comel yang menceriakan hidup mereka. Jadi Johnson’s® tampil dengan stickers GIF bertemakan Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies dan Modern Monarchy yang unik dan menarik supaya ibu bapa boleh menghias setiap foto penyertaan anak mereka menjadi lebih comel!

Untuk pengetahuan anda juga, sticker-sticker Johnson’s® yang baru ni semua akan dikeluarkan setiap minggu. Jadi, stay tuned!

CARANYA SANGAT MUDAH..

Anda hanya perlu ikuti langkah yang berikut:

           * Ibu bapa boleh menghantar seberapa banyak mana penyertaan yang anda mahu

Kategori:

  • 0 hingga 12 bulan
  • 1 hingga 3 tahun
  • 4 hingga 6 tahun

Haa..lepas dah hantar penyertaan, anda hanya perlu tunggu sama ada penyertaan anda disenarai pendek dan dimuat naik ke halaman Facebook Johnson’s® Baby. Siapa tahu si manja anda antara yang bertuah!

Jadi, tunggu apa lagi parents?! Jom kongsikan foto comel si manja anda sambil berpeluang merebut wang tunai dan hadiah menarik dari Johnson’s®!

Untuk maklumat lanjut, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty201

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×