Kini Trending

Nak Sambut Raya? KP Kesihatan Sarankan Rakyat Ambil Dos Penggalak

22
SHARES

COVID-19 yang menyerang dunia bermula pada penghujung 2019, telah mengakibatkan banyak kematian berlaku direkodkan sehingga hari ini. Ekoran itu, para saintis dan pakar sedaya upaya mencipta pelbagai vaksin untuk bantu merawat dan menguatkan sistem imunisasi badan manusia bagi melawan virus ini.

Menerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini, beliau menyarankan orang ramai mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 sebagai perlindungan diri dan keluarga.

Baca juga: [TERKINI] KKM Lulus Kanak-Kanak 5-11 Tahun Boleh Terima Vaksin!

NAK SAMBUT RAYA? KP KESIHATAN SARANKAN RAKYAT AMBIL DOS PENGGALAK!

Beliau berkata, langkah tersebut sebagai satu daripada usaha bagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang, lapor Harian Metro.

“Sila dapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk perlindungan diri dan keluarga. Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, Insya-Allah,” menerusi ciapannya di Twitter.

Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari tahun lalu, menyaksikan Malaysia memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan ketika bencana, membabitkan tiga jenis vaksin, iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-359 pada 15 Jun tahun lalu, pula memperuntukkan kelulusan sama kepada CanSino dan Johnson & Johnson (J&J), masing-masing jenis satu dos suntikan lengkap.

Vaksin J&J yang mendapat ‘lampu hijau’ pada 15 Jun lalu diperoleh Kerajaan Malaysia melalui pelan peruntukan vaksin Covid-19 global, COVAX dan berdasarkan kelulusan penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Secara perbandingan, vaksin J&J atau Janssen yang diluluskan tempoh hari adalah menerusi perolehan daripada pengilang di Belgium.

Pada masa sama, Noor Hisham memaklumkan setiap vaksin mempunyai kesan sampingan seperti kesakitan otot, demam atau sakit kepala. Namun, keadaan tersebut bukanlah satu petanda yang buruk.

“Sedikit ketidakselesaan untuk hasil yang lebih baik, Insya-Allah,” katanya.

Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Jadi, kepada anda semua jangan takut untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19. Hal ini kerana, badan kita memang perlukan perlindungan daripada varian baharu yang selalu muncul tidak tahu di mana penghujungnya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×