Euforia Bola 2026
Famili

Cikgu Baling Kotak Pensel Pada Murid, Sampai Luka & Cedera Teruk Di Kepala

kotak pensel

Insiden membabitkan kotak pensel yang didakwa dibaling oleh seorang guru ke arah seorang murid sehingga menyebabkan kecederaan pada kepala kini menjadi perhatian ramai.

Selepas, video luahan ibu bapa mangsa dikongsi oleh selebriti dan aktivis media sosial, Caprice pada Rabu.

Baca juga: Takut Kahwin? Bertenang~ Akak Ada 8 Nasihat Yang Mampu Robohkan Hati ‘Besi’ Adik-Adik!

MURID DIBALING KOTAK PENSEL

kotak pensel

Menurut laporan, kejadian berlaku apabila guru terbabit memanggil murid berkenaan, namun kanak-kanak itu melarikan diri.

Guru tersebut kemudian didakwa bertindak di luar batas dengan membaling kotak pensel ke arah murid itu, tanpa menyedari kesan serius yang mungkin berlaku.

Bapa mangsa meluahkan rasa kesal atas tindakan tersebut yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang bahaya.

“Kalau kena mata, boleh jadi buta,” tegasnya dalam video berkenaan.

Bacs juga: Tumor Otak Ragut Ceria Hidup Mia Orked Usia 17, Kini Hanya Mampu Gerakkan Anak Mata!

kotak pensel

Ibu kepada kanak-kanak itu pula menyuarakan kebimbangannya terhadap kesan psikologi yang mungkin dialami anaknya selepas kejadian ini.

Menurutnya, insiden tersebut boleh menimbulkan trauma yang mendalam sehingga anaknya takut untuk ke sekolah.

“Cikgu itu kena fikir, mungkin lepas ini dia akan trauma nak ke sekolah. Saya tak kisah sangat benda ini (menghukum), tapi ini sampai pecah kepala. Dah melebih,” ujarnya.

Keluarga mangsa telah menyatakan niat untuk mengambil tindakan lanjut terhadap guru terbabit bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang di masa hadapan.

“Maaf tetap maaf, tapi biar bagi pengajaran,” kata bapa murid tersebut lagi.

Baca juga: Luka Pembedahan Masih Baru, Jangan Gelojoh Makan Ikan Haruan, Ini Penjelasan Doktor

Laporan polis ditarik balik akibat salah faham

Sementara itu, media melaporkan laporan polis yang dibuat oleh keluarga murid tersebut telah ditarik balik selepas mendapati berlaku salah faham antara kedua-dua pihak.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, satu perjumpaan telah diadakan pada Khamis antara keluarga murid, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Hasil perjumpaan kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapati berlaku salah faham antara kedua-dua pihak.

“Laporan polis yang dibuat oleh keluarga murid terbabit sebelum ini juga telah ditarik balik pada hari yang sama sekitar jam 4.40 petang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Sebelum ini pihak polis menerima laporan pada Rabu, di mana pengadu mendakwa anaknya mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala selepas terkena objek yang dibaling oleh guru ketika dalam kelas di sebuah sekolah.

Baca juga: Anak 8 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah Papanya, Ramai Sebak & Puji “Jelasnya Bacaan Adik”

Sumber: Instagram Caprice / Sinar Harian

FT Image: Instagram Caprice

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×