Zakar lembu atau torpedo sering dijadikan hidangan sup di restoran mamak atau warung dan dipadankan bersama roti untuk mencicah sup berkenaan.
Namun, pernah tak anda terfikir mengenai hukum makan zakar lembu ini terutamanya dalam kalangan umat Islam? Ini penjelasannya.
Baca juga: 6 Jenis Burung Yang Haram Dimakan, Jangan Ambil Ringan!
INI HUKUM MAKAN ZAKAR LEMBU, KATANYA UNTUK ‘KUAT’?

Freepik
Konsep makanan yang halal mestilah suci dan bersih daripada najis seperti firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”
Bagi haiwan yang halal dimakan, maka seluruh bahagian anggota haiwan berkenaan halal untuk dimakan. Namun, ada beberapa bahagian anggota haiwan yang statusnya halal tetapi makruh hukumnya untuk dimakan.
Hadis yang diriwayatkan daripada Mujahid bahawa Rasulullah SAW bersabda:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكْرَهُ مِنْ الشَّاةِ سَبْعًا الدَّمَ وَالْمِرَارَ وَالذَّكَرَ وَالْأُنْثَيَيْنِ وَالْحَيَا وَالْغُدَّةَ وَالْمَثَانَةَ .
Maksudnya: “Baginda SAW tidak suka tujuh bahagian daripada kambing iaitu darah, pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina , kelenjar, pundi kencing.” Riwayat al-Baihaqi
Al-Khattabi menyatakan darah haram menurut Ijma’ dan sebahagian anggota yang disebutkan dalam riwayat ini (pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina, kelenjar, pundi kencing ) adalah makruh.
Tujuh bahagian anggota di atas ini tidak disukai oleh orang lain kerana dianggap jijik. Enam bahagian yang makruh dimakan adalah pundi hempedu, zakar lembu, dua testis, faraj betina , kelenjar, pundi kencing kecuali darah yang telah sabit hukumnya haram.
