40 Minggu

Muntah Setiap Kali Makan, Hanis Zalikha Kongsi Tips Jika Anda Alami ‘Morning Sickness’ Teruk

773
SHARES

Morning sickness adalah situasi yang seringkali dialami oleh ibu mengandung. Antara simptom yang berlaku adalah rasa loya, muntah selepas makan dan selalu letih. Situasi ini juga dialami oleh selebriti terkenal Hanis Zalikha dan beliau juga berkongsi di laman Instagramnya mengenai morning sickness. Boleh dijadikan amalan juga tips kesihatan yang dikongsikan oleh beliau.

SETIAP HARI MUNTAH, HAMPIR SETIAP KALI MAKAN

Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya. Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah-muntah) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde. Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah-muntah. Omg help.

Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat. Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat. Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah-muntah macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir. Adalah tu zat2 yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum kolagen untuk zat-zat buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.

ASID FOLIC JANGAN LUPA

Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau. Orang yang tak lalui morning sickness kadang-kadang susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapi morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.

PARA SUAMI KENALAH PEKA DENGAN ISTERI KETIKA MENGANDUNG

 

Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya-loya ni semua. Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol. Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah-muntah mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat-sangat. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua.

Sumber : Hanis Zalikha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×