Hebahan

Masa Untuk Cuti Sekolah Yang Epik di Lost World of Tambun

24
SHARES

LW ADVENTURE RIVER

Dengan menjelangnya cuti sekolah, masa untuk anda berehat dan menghabiskan masa di Lost World of Tambun dengan keluarga dan rakan-rakan. Tinggalkan komitmen sekolah anda dan ayuh ke satu-satunya taman tema di Asia Tenggara dengan mata air panas yang semula jadi, taman tema serba lengkap dikelilingi hutan tropika, tujuh taman dan bercirikan batu kapur berusia 400 juta tahun.

LW MALAYANA WARRIORS

Ambil bahagian di dalam tujuh stesen Olimpik bertemakan permainan dan kumpul setem bagi memenangi hadiah misteri.

  1. Daredevil’s Task – Uji deria anda dengan menempuhi rintangan tanpa menggunakan mata.
  2. Pandora’s Box – Dengan hanya deria sentuh, teka apa kandungan kotak.
  3. FoodSpin Hula – Minta rakan anda pusingkan hula hoop dengan satu tangan dan cuba beri anda makan buah dengan tangan yang sama.
  4. Balloon Boxer – Cuba sedaya-upaya untuk menumbuk belon-belon air yang dibaling ke arah anda daripada balkoni.
  5. Lost World’s Top Model – Anda rasa miliki gaya seorang model? Kenakan pakaian mandi terbaik anda dan cat-walk di dalam masa yang telah diberikan.
  6. Drowzy Numbers – Dunia anda akan berputar, dan menuju ke nombor rawak di dalam keadaan kepeningan tersebut
  7. Red Bull’s Racing Stimulator – Ambil alah stereng dan jadi pemandu terpantas.

LW EXPLORA BAY

Semua aktiviti ini bermula dari 11pagi sehingga 5petang setiap hari dari 28hb Mei 2016 sehingga 12hb Jun 2016. Peserta hendaklah berumur tujuh tahun ke atas dan peserta yang berumur di bawah 18 tahun memerlukan kebenaran daripada ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.

Sementara anda di sini bersama-sama dengan rakan-rakan dan keluarga, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tarikan berikut:

  1. Adventure River – kolam air menerusi sungai terpanjang Asia yang berkepanjangan 660 meter dengan kesan ombak sambal menikmati pemandangan gua yang
  2. Adventure Express   – masuk ke dalam keretapi using yang akan membawa anda sekeluarga melalui peninggalan bersejarah
  3. Tin Valley – kembali ke masa silam dan pelajari sejarah Perak – perlombongan bijih timah
  4. Petting Zoo – adanya pelbagai jenis binatang seperti tapir, burung merak, burung kakak tua dan 50 sepsis lain di habitat asli mereka. Juga berkawan dengan Ruby si rakun, dan bermain dengan semua binatang.
  5. Tiger Valley – jom kenali Putra dan Jazz, dua adik-beradik Harimau Siberian kami

LW CRYSTAL SPA

Dan malam menjelma, masa untuk bermalam di Lost World Hotel, tempat terbaik untuk tidur setelah seharian bermain. Dapatkan rehat yang cukup dan bangun ke udara segar dan pemandangan bukit-bukau diselubungi kabus.

Waktu operasi adalah dari jam 11pagi sehingga 6petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, 10pagi sehingga 6petang setiap hari Sabtu dan Ahad. Lost World Hot Springs by Night pula beroperasi dari jam 12tengahari sehingga 11malam dari hari Isnin hingga Ahad. Taman akan ditutup setiap hari Selasa kecuali waktu cuti sekolah dan cuti umum.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman Facebook Lost World of Tambun dan laman web: http://www.facebook.com/lostworldoftambun/ www.sunwaylostworldoftambun.com atau dengan menelefon +605 542 8888.

lost world of tambun logo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×