“Ibu, bila nak bawa adik mandi kolam?” ?? Aduh, dia dah bagi soalan cepumas tu. Cuti sekolah ni bawa anak pergi mandi-manda seronok juga. Pilihan tepat adalah Lost World of Tambun, Ipoh! Ada water park, amusement park, tin valley, tiger valley, petting zoo, adventure park dan banyak lagi. ?
Kat sini pun ada hotel, kolam air panas dan spa untuk tenangkan fikiran. Memang enjoy habis! Untuk pengetahuan anda, bermula 25 November 2017 hingga 1 Januari 2018, ada event Lost World POW Holidays di Lost World of Tambun. Banyak benda menarik, antaranya…
MEET AND GREET DENGAN KARAKTER CARTOON NETWORK KEGEMARAN ANDA
Kenal karakter The Powerpuff Girls dan Ben 10? Kedua-dua ni hero kartun tau. Admin dulu suka gila Powerpuff Girls. Sebab comel sangat. Ben 10 pula hensem. Hehe. Mereka akan bersama anda di Lost World of Tambun. Anak-anak juga boleh bergambar dengan karakter kegemaran mereka. Mesti mereka suka punya. ?
Nak jumpa karakter kegemaran anda tapi takut terlepas sesi? Jangan risau! Akan ada 4 sesi setiap hari untuk melihat The Powerpuff Girls dan Ben 10 menari untuk menghiburkan anda. Joget sekali dengan mereka, baru sporting! ??
Selain itu, ada special treat. Anda boleh beli popcorn ? dan gula-gula kapas di Lost World Coffee. Yummy! Sambil-sambil tu boleh shopping di POW SHOP. Ada patung, alat permainan, kasut dan pakaian. Boleh beli untuk jadikan kenangan. ?
PEMANDANGAN YANG CANTIK, MEMANG WOW!
Fuh… Memang cantiklah pemandangan kat Lost World of Tambun ni. Anda pasti kagum dengan tempat ni. Sangat sesuai untuk anda luangkan masa bersama keluarga. Terdapat patung The Powerpuff Girls dan Ben 10 di Toon City, Riverside. Pokok Krismas setinggi 20 kaki pun ada di Malayana Village. ?
Banyak game menarik yang anda boleh cuba, antaranya Giant Jenga, Giant Snakes & Ladders, Giant Slingshot, Shuttle Smash, Wheel of Power dan Slow & Steady. Semuanya menguji kepekaan anda. Memang seronok bila main dengan keluarga.
JOIN LOST WORLD OF TAMBUN – ETS SELFIE CONTEST, HADIAH LUMAYAN!
Dah mula! Lost World Of Tambun-ETS Selfie Contest dianjurkan sehingga 31 Disember 2017. Hanya perlu ambil gambar di mana-mana poster Lost World POW Holidays dan berdiri di 6 stesen ETS (KL Sentral , Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth, Padang Besar) dan hantar gambar dengan ID tiket ETS di laman web ini.
Hadiah pun lumayan! Pemenang mingguan akan dapat penginapan dua hari satu malam di Lost World Glamping untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak serta tiket kereta api ETS pulang ke Padang Besar. Sepuluh hadiah konsol mingguan untuk empat tiket masuk ke Lost World Of Tambun (dua dewasa dan dua kanak-kanak) juga boleh dimenangi. Wuuu…
BELI TIKET SECARA ONLINE, BOLEH DAPAT DISKAUN 35%
Nak rasakan pengalaman penuh aksi dan pengembaraan ala filem Jumanji, Lost World of Tambun memang pilihan tepat. Ia terletak di Ipoh dengan keindahan alam semula jadi. Tiket mahal? Beli online je. Anda boleh nikmati diskaun 35% jika beli secara online. ?
Nak info lanjut? Boleh login ke laman web Lost World of Tambun atau hubungi pihak mereka di talian +605542 8888. Jangan lupa like dan follow mereka di Facebook Lost World of Tambun untuk ketahui perkembangan terkini.
Anak-anak anda mesti tak sabar nak main air bukan? Hihi. Mai ajak keluarga dan kawan-kawan pergi Lost World of Tambun di Ipoh ramai-ramai. Buat konvoi sekali. Jom enjoy puas-puas! ?