Famili

Berbaloikah Bawa Anak Ke Lost World of Tambun? Ini Jawapannya!

935
SHARES

Selalu ibu bapa jadi pening kepala bila anak-anak minta nak berjalan-jalan. Al-maklumlah, stress belajar katanya. Tapi, biasalah anak-anak ni banyak permintaanya. Nak main mandi swimming pool, nak tidur hotel. Macam-macam pula kan?

Ha, masa cuti panjang sempena Hari Krismas tempoh hari sempatlah admin bawa keluarga ke Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh tu. Best ke? Berbaloi ke?

1. Lokasi yang strategik

Disebabkan admin haritu gerak dari Penang, ianya hanya mengambil masa kira-kira 2 jam lebih la untuk sempai ke Lost World of Tambun. Bagi admin, tempoh perjalanan juga penting sebab kalau lama sangat, si manja mesti meragam kan. So, 2 jam tu kira dah sangat okay.

Lokasi Lost World of Tambun pun agak strategik di mana ia berdekatan dengan pasaraya dan juga terdapat pekan kecil disitu. Jadi, mudahlah kalau nak cari apa-apa.

2. Saiz bilik hotel yang sesuai untuk keluarga besar

Tak payah pening nak tidur hotel mana, sebab hotel Lost World of Tambun pun not bad. Tak salah admin ada pakej dengan taman tema. Breakfast yang disediakan pun banyak pilihan. Jarak ke taman teman pun dekat je. Siap ada polis bantuan yang jaga lalulintas!

3. Main dari pagi sampai malam!

Bagi admin memang okay sangat sebab macam-macam ada di Lost World of Tambun ni! Selain boleh berendam daripada pagi sampai malam, ada juga fun fair, rumah hantu, dan juga macam mini zoo dalam tu! Lapar? Jangan risau sebab terdapat banyak pilihan makanan!

Waktu malam pula, anda boleh berjalan-jalan di Luminious Forest! Cantik sangat!

4. Persembahan mantap flaming percussion

Ini memang terbaik! Kalau nak best lagi, awal-awal duduk cop tempat. Lagi depan lagi bagus sebab memang pack tau masa persembahan ni dibuat.

Oh ya, sempena perayaan Tahun Baru Cina ni, Lost World of Tambun ada buat program khas yang dinamakan ‘Crazy Rich Chinese New Year’ tau! Ada persembahan Lion Dance, art of divination ‘Crazy Fortune Telling’  dan juga treasure hunting ‘Money Bin’.

Nak tahu maklumat lanjut? Layari laman sesawang ini! Confirm anak korang teruja habis!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×