Famili

5 Manfaat Bawa Anak Ke Pantai. Wah, Seronoknya!

552
SHARES

“Bosanlah asyik bawa anak pergi jalan dekat mall je. Duit pun banyak habis. Tapi, mana lagi nak bawa budak-budak ni jalan ye…”

Walaupun dah macam-macam tempat menarik yang dibina sekarang, namun tak dinafikan bahawa pantai adalah salah satu keindahan semulajadi yang memiliki seribu satu keistimewaan tersendiri.

Malah, terdapat kajian saintifik yang mengaitkan bagaimana persekitaran pantai mampu mempengaruhi kesihatan serta otak manusia.

Kalau tahu 5 sebab di bawah ini, mesti anda akan lebih kerap bawa anak bersiar-siar di pantai!

5 Kelebihan Unik Yang Anak-anak Akan Dapat Bila Ke Pantai

1. Manfaat ‘Berkaki Ayam’

Tahukah anda, berjalan tanpa kasut dan selipar atau ‘berkaki ayam’ telah terbukti meningkatkan tahap kesihatan tubuh dan minda seseorang. Ini adalah kerana di bahagian tapak kaki kita terletaknya begitu banyak saraf dan titik acupunture, di mana ia berfungsi menyerap cas-cas ion daripada pasir.

Budak-budak memang suka ‘berkaki ayam’ atau membenamkan kaki mereka di dalam pasir, bukan? Ada yang suka tanam satu badan terus ke dalam pasir sambil membuat bentuk-bentuk yang melucukan. Rasa sensasi daripada pasir ini bukan saja memberi rasa selesa, tetapi rupanya ia juga memberi banyak manfaat positif dari sudut kesihatan.

2. Kebaikan Bayu Laut

Bayu laut yang kaya dengan garam mineral juga memiliki ion-ion yang dipercayai mampu mencetuskan efek anti-depressant kepada otak. Hasilnya, seseorang akan berasa lebih tenang dan ceria.

Tengok saja anak-anak kita hampir seharian berada dalam bangunan, sesekali dibawa hirup udara segar tentu mereka seronok. Asyik ‘terperuk’ saja. Dalam sebuah survey yang dijalankan di United Kingdom pada tahun 2016, anak-anak didapati meluangkan kurang masa di luar berbanding banduan di penjara. Kasihan, kan? Namun itulah realitinya di zaman ini. Malah di Malaysia pun mungkin tak banyak bezanya juga.

Club Med Cherating - Sesuai Untuk Percutian Keluarga!

Foto Asal: Jurugambar Sirap Limau

3. Menghilangkan Stres

Jangan ingat orang dewasa saja yang stres. Anak kecil pun boleh stres tau. Dan yang sedihnya, kadar stres di kalangan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari.

Apabila bawa anak ke pantai, dengan melihat warna biru laut saja boleh membuat mereka berasa lebih relaks. Malah kajian mendapati tubuh kita akan melepaskan hormon serotonin (hormon gembira) sebaik saja kita memandang ke arah pantai.

Di samping itu, deruan ombak yang berulang kali menghempas gigi pantai bukan saja membuat anak-anak melompat kegirangan, tapi irama ini juga sebenarnya mampu memberi kesan meditasi yang terbukti dapat memulihkan tenaga, menghilangkan stres serta menguatkan otak.

http://www.goodtherapy.org/

4. Ianya Senaman Yang Menyeronokkan!

Bila anak bebas berlari di pantai, bermain air dan melompat sana sini, dah tentu ia menjadi satu bentuk senaman yang menyihatkan. Di hari-hari biasa, ibu ayah sibuk bekerja, anak-anak pula bersekolah dan jadual mereka juga sarat dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum.

Asyik tengok TV dan main gajet dalam rumah saja, bahaya juga. Sesekali, dapatlah keluarkan peluh dan belajar berpanas. Malah, menurut HealthFacts.com, hanya 10 minit di bawah pancaran matahari sudah cukup untuk keperluan Vitamin D harian kita. Bukan selalu dapat beriadah dengan semua ahli keluarga, kan?

kebaikan bercuti

Foto Kredit: indilinks.com

5. Anak Dapat Tidur Malam Yang Lebih Baik

Dengan meluangkan hanya beberapa jam di pantai, seseorang akan mendapatkan semua kesan positif pada mental dan fizikal mereka seperti yang dinyatakan di atas. Maka, tak hairanlah pada waktu malamnya pula mereka akan mendapat tidur yang lebih berkualiti.

Sebab itulah doktor turut mengesyorkan penghidap insomnia agar berjalan-jalan di pantai. Ini kerana ia membantu mengatasi 3 faktor yang menghalang seseorang untuk tidur lena iaitu kerisauan / stres, keletihan yang melampau, dan paras hormon yang tidak seimbang.

masa untuk anak

Foto Kredit: nydailynews.com

Ibu Bapa Pun Tumpang Seronok

Sebuah kajian pada tahun 2012 oleh University of Exeter Medical School mendapati bahawa tinggal berdekatan dengan pantai mampu meningkatkan kesihatan mental serta psikologi yang positif. Tapi, kalau nak beli sebuah rumah di tepi pantai mungkin susah.

Jadi, apa kata bawa anak-anak dan keluarga berhujung minggu di tepi pantai dengan lebih kerap? Bukan anak-anak saja, kita pun akan rasa lebih segar dan ceria!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×