Sihat

Selesai Mandi Wajib Tapi Ada Sisa Air Mani Keluar Dari Faraj, Perlu Mandi Semula Ke?

13
SHARES
mandi wajib selepas bersetubuh

Buat pasangan suami isteri, mandi wajib selepas bersetubuh merupakan rutin wajib yang akan dilakukan supaya dapat menyucikan diri dan kembali solat.

Tapi, ada soalan dari seorang isteri yang bertanyakan kepada ustaz, selepas bersama suami dia akan terus mandi wajib. Tetapi, selepas selesai mandi wajib, masih ada lagi sisa air mani yang keluar dari farajnya. Adakah perbuatan mandi wajib perlu dilakukan sekali lagi atau sudah suci?

Baca juga: Ramai Keliru Apa Beza Air Mani & Air Mazi, Ustazah Asma’ Jelaskan Termasuk Hukum Mandi Wajib

MANDI WAJIB SELEPAS BERSETUBUH, TAPI KELUAR LAGI SISA AIR MANI..APA KENA BUAT?

mandi wajib selepas bersetubuh

Jadi, Ustaz Yazid Hamka di laman X menjawab pertanyaan ini dengan menyatakan bahawa jika ada air mani suami yang keluar daripada faraj isteri, tidak perlu mandi wajib. Dalam kes ini, isteri hanya wajib mandi kerana persetubuhan. Kemudian jika ada sisa air mani suami yang keluar, tidak perlu mandi wajib lagi.

Tetapi, ketahuilah bahawa keluarnya air mani ini membatalkan wuduk. Kerana apa-apa yang keluar daripada kemaluan, membatalkan wuduk- [Kitāb Masā’il al-‘Ibādāt al-Mukhtașșah bi al-Zaujayn, h. 33]

Ustaz menambah lagi, apabila anda ragu-ragu sama ada cecair yang keluar itu air mani atau air mazi, kita dibenarkan untuk memilih mana-mana yang lebih kuat pada sangkaan. Begitu juga dalam soalan ini, ragu-ragu sama ada itu air mani suami atau isteri, jadi boleh buat pilihan:

1. Kalau pilih ia air mani suami, tidak perlu mandi wajib lagi sekali.

2. Kalau pilih ia air mani isteri, perlu mandi wajib lagi sekali.

Kerana, seseorang yang sudah mandi wajib, kemudian ada keluar sisa air mani sendiri, dia wajib mandi lagi sekali.***[Mughni al-Muhtaj 1/215] **[al-Majmu’ 2/158]

AIR MANI MANUSIA ADALAH SUCI

mandi wajib selepas bersetubuh

Foto: Taqwa

Bekas Mufti, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga menjelaskan dalam Maktabah al-Bakri bahawa secara umumnya para ulama telah berselisih mengenai kesuciannya; adakah dihukumkan sebagai suci atau najis. Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya bahawa air mani manusia adalah suci di sisi ulama mazhab Syafi‘i.

Inilah pendapat yang tepat yang dinaskan oleh Imam al-Syafi‘i dalam kitab-kitabnya dan pendapat yang telah diputuskan oleh majoriti ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Justeru, air mani anak Adam menurut mazhab Syafi‘i adalah suci, tidak kira lelaki atau perempuan, Muslim atau kafir.

Meskipun begitu, kita tetap disunatkan untuk menghilangkan kesan-kesannya yang terkena pada badan mahupun pakaian berdasarkan hadith-hadith sahih yang menceritakan berkenaan perbuatan Aisyah R.Anha yang membersihkan air mani yang terkena pada pakaian Rasulullah SAW.

*Wallahu’alam

Baca juga: Selit Niat Mandi Wajib Bila Terjun & Selam Dalam Sungai, Dikira Sah Tak?

Sumber: X @YAZIDHAMKA, Maktabah al-Bakri

Foto: Health Autoimmunecare

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×