40 Minggu

Suami Kena Faham 5 Sebab Isteri ‘Malas’ Memasak Masa Mengandung

8.1K
SHARES

“Alahai, nak kena tapau makanan lagi untuk malam ni… Kenapalah bini aku tak masak ye sejak-sejak mengandung ni? Lecehnya nak pergi beli…”

Macam-macam ragam orang mengandung. Tapi salah satunya yang paling ramai pernah rasa adalah perasaan yang tersaaangaat malas nak masak. Ada tu nak jejakkan kaki ke dapur pun tak boleh.

Ya, mungkin yang tak pernah mengalaminya akan menganggapnya sebagai keterlaluan atau mengada-ngada. Tapi, inilah salah satu ‘penyakit’ ibu mengandung yang perlu anda fahami sebabnya.

5 Sebab Isteri ‘Malas’ Masak Masa Mengandung

1. Loya Dengan Bau Makanan

Antara sebab utama orang perempuan susah nak masak ketika hamil adalah kerana tak boleh menghidu sesetengah bau makanan – contohnya bau bawang, bau tumisan, bau nasi yang menggelegak dan macam-macam lagilah. Rasa pening dan muntah dibuatnya!

Menurut artikel dalam Mother & Baby, jumlah plasma (aliran darah) dalam tubuh ibu mengandung akan meningkat sehingga 50 peratus dalam tempoh kehamilan. Maka, apa-apa yang bergerak dari darah anda ke otak menjadi lebih cepat dan dalam kuantiti yang lebih besar berbanding biasa.

Disebabkan deria hidu yang semakin sensitif inilah, seseorang menjadi sangat responsif terhadap bau-bauan, sekalipun bau tersebut sering dihidu sebelum ini tanpa sebarang masalah.

Sesetengah pakar juga berpendapat bahawa ia bertindak sebagai mekanisme perlindungan bagi menjauhkan ibu mengandung daripada menghidu atau memakan makanan yang membahayakan kesihatannya.

Cara Mengatasi Mabuk Hamil

Foto Kredit: parentables.howstuffworks.com/

2. Deria Rasa Berubah

Apabila deria bau seseorang berubah dan tidak lagi berfungsi seperti selalu, sudah tentulah deria rasanya juga akan berubah. Contohnya kalau kita selsema dan susah nak menghidu, biasanya kita jadi kurang berselera atau ‘teringin’ pula nak makan sesuatu yang lain.

Bila rasa dah berubah, susahlah nak merasa makanan yang dimasak. Bila memasak, rasa macam ada saja yang tak kena. Rasa masakan pun macam tak sedap seperti selalu. Frustlah! Ini antara sebab kenapa ramai wanita mengandung tak memasak di rumah sampailah alahannya hilang.

Foto Kredit: shutterstock.com

3. Letih

Mungkin sesetengah menganggap letih ini perkara biasa. Lagipun, takkanlah letih sampai 3-4 bulan? Orang lain tak macam tu pun?

Suami kena faham bahawa berlakunya begitu banyak perubahan pada sistem tubuh isteri sepanjang proses kehamilan. Sepanjang trimester pertama terutamanya, tubuh akan bekerja lebih kuat untuk proses membuat uri (plasenta) iaitu satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Pada akhir trimester pula, perut akan semakin membesar hingga menyukarkan ibu untuk bergerak dengan banyak. Mengah!

Di samping itu, tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan ibu mengandung menjadi menjadi terlalu letih

Tak semua keadaan ibu mengandung itu sama. Ada yang teruk alahannya, ada yang alami masalah tertentu seperti kurang darah (low hb), darah tinggi, atau menghidap diabetes gestasi. Jadi, jangan pula membanding-bandingkan mereka.

mengandung uri di bawah

Foto Kredit: Voisin/Phanie / Rex Features

4. Tak Selera Nak Makan

Kedua-dua deria bau dan rasa ini memainkan peranan penting dalam selera seseorang. Seseorang yang tak berselera nak makan sudah tentu akan berasa kurang semangat untuk memasak.

Bila tak makan dengan baik, tubuh pun akan menjadi lemah. Daya fokus dan minda pula semakin kurang efisyen. Puas difikirnya dari pagi sampai petang, tak tahu nak masak apa.

Foto Kredit: gemini.no

5. Tak Ada Mood Nak Masak

Ketidakstabilan emosi atau mood swing bukanlah sesuatu yang dibuat-buat oleh wanita, terutamanya yang sedang mengandung.

Menurut BabyCenter, tahap hormon pada tubuh ibu mengandung sedang memuncak apabila jumlah estrogen dan progesteron dalam badan meningkat. Peningkatan hormon ini boleh menjejaskan mood, lalu membuatkan ibu mengandung berasa sedih, bercelaru, bimbang atau begitu mudah tersentuh.

Rasa celaru ini boleh menjejaskan rutin harian seseorang. Bila dah tak ada mood, nak buat apa pun payah, termasuklah memasak.

Foto Kredit: ixil.info

Bukan Malas Atau Manja

Ibu mengandung bukan sengaja nak bermalasan atau manja. Tapi mereka sedang melalui satu fasa yang berbeza berbanding hari-hari biasa. Anda sebagai suami kenalah bersedia kerana ada banyak perkara ‘pelik’ yang boleh berlaku sepanjang kehamilan disebabkan turun naiknya hormon mereka.

Lagipun bukannya selalu, kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×