Rakyat

Lewat Dibayar Upah, Bayi 14 Bulan Didera Pengasuh Hingga Sawan

1.4K
SHARES

Akibat lewat dibayar upah, seorang pengasuh bertindak memukul seorang bayi perempuan berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Kejadian yang berlaku pada 25 Oktober baru-baru ini mendapati bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal.

Bayi Tidak Diberi Makan & Minum Selama Hampir 3 Minggu

Lebih menyedihkan, bayi malang itu dipercayai tidak diberi makan dan minum selama hampir 3 minggu! Akibatnya, bayi itu turut diserang penyakit sawan dan jangkitan kuman pada paru-parunya.

Bukan itu sahaja, pemeriksaan perubatan telah mendapati kesan lebam pada bahagian kepalanya. hasil soal siasat, suspek mengaku ada memukul bayi asuhannya menggunakan botol susu di kepala sebanyak 2 kali termasuk di bahagian tangan supaya berhenti menangis.

Wanita Berusia 23 Tahun Kini Ditahan Bagi Membantu Siasatan

Menurut Astro Awani, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata bahawa polis telah menahan seorang wanita berusia 23 tahun pada 27 Oktober lalu di Batu Kawa bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, suspek nekad bertindak demikian kerana marah kepada ibu bayi perempuan itu yang lewat membayar upah.

Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh pengasuh tersebut selama tiga minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam. Kali terakhir pengadu berjumpa dengan anaknya adalah pada 23 Oktober lalu kerana terpaksa bekerja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pengajaran Buat Semua Pihak

Memang sedih dan pilu mendengar berita sebegini. Walaupun pengasuh tersebut ternyata bersalah kerana memperlakukan anak kecil sebegitu rupa, pihak ibu bapa juga perlu prihatin terhadap keperluan pengasuh ya. Jangan kita terlalu berkira dan cubalah sedaya-upaya untuk memenuhi bayaran upah mereka mengikut masa.

Usahlah memandang remeh dalam hal ini sebab mereka juga punya urusan lain yang perlu diselesaikan. Akibat tindakan kita yang berlengah, mungkin pengasuh amat tertekan dan gagal mengawal perasaan hingga melempiaskannya pada si anak yang tidak berdosa.

Apapun, sebagai masyarakat, jangan kita sekadar sibuk mengecam orang di media sosial, sebaliknya sama-samalah kita mendoakan kesembuhan buat bayi perempuan tersebut dan semoga pihak keluarga mangsa diberi kesabaran untuk melalui ujian ini. Diharapkan kes ini turut menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua.

 

*Sumber berita: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×