Cantik

Lelaki Lembut Selalu Dilabel Pon**? Jangan Salah Faham, Ini Sebabnya Mereka Lebih Feminin

1
SHARES
lelaki lembut

“Engkau ni lelaki lembut, kalau bukan pondan mesti gay kan?”

Tunggu dulu sebelum anda membuat kenyataan seperti di atas! Hal ini kerana, lelaki yang pandai bersiap, lemah lembut dalam bicara dan pandai memasak tidak semestinya tertarik kepada hubungan sejenis sahaja. Jangan salah anggap dengan perwatakan mereka, sebaliknya ayuh kita ambil tahu kenapa mereka mempunyai perwatakan yang feminin.

Baca juga: Malaysia Di Tangga Ke-6, ‘Padat’ Dengan Wanita Tercantik Di Asia!

LELAKI LEMBUT, PONDAN KE TIDAK?

lelaki lembut

Foto: Fortune

Sesetengah wanita mungkin menggambarkan lelaki yang rapi sebagai feminin. Pada masa yang sama, orang lain mungkin mentakrifkan feminin sebagai memakai wangian bunga dan baju warna merah jambu. Pada akhirnya, tidak ada definisi konkrit ‘feminin’ apabila ia datang kepada gaya lelaki. Malah, pada tahun 70-an, lelaki akan mempunyai rambut panjang dan memakai pakaian ketat dari material kulit dan dianggap menarik dan maskulin.

Jadi, jangan pula salah anggap! Bukan semua lelaki yang bercakap sopan dan pandai bergaya itu sebenarnya gay atau pondan! Sama jugalah dengan lelaki yang digelar metroseksual. Mereka tidak ada kaitan langsung dengan lelaki heteroseksual dan ini adalah perbezaannya:

Heteroseksual: Cenderung tertarik dari segi seks kepada orang yang berlainan jantina.

Metroseksual: Lelaki ‘straight’ yang sensitif, mengambil berat tentang penampilan diri, sukakan fesyen, sering memanjakan diri dan tidak malu untuk mengetengahkan sisi feminin.

KENAPA LELAKI ADA SIFAT FEMININ?

lelaki lembut

1.Gemar berkawan dengan perempuan

Mungkin ramai dalam kalangan perempuan yang mesti mempunyai kawan lelaki dikategorikan sebagai ‘lembut’ dalam setiap kelompok. Ini tidak bermakna mereka berminat dengan jantina sejenis namun disebabkan keselesaan bersama rakan perempuan. Kalau berkawan dengan lelaki maskulin, dibuli pula!

2. Trauma selepas bercinta dengan wanita

Ramai yang terlepas pandang namun hakikatnya, putus dalam percintaan boleh menyebabkan lelaki berubah menjadi lebih feminin. Hal ini dikatakan kerana mereka sudah tidak mahu mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang menyebabkan diri mereka sendiri menjadi lembut.

3. Berkawan dengan lelaki lembut sejak di bangku sekolah

Kelompok lelaki yang lembut ini sebenarnya lebih caring dan mesra ditegur oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, selalunya mereka akan ada grup tersendiri dari bangku sekolah lagi dan berkekalan lama tempoh persahabatan tersebut.

4. Kurangnya kasih sayang seorang bapa

Mempunyai bapa tegas menjadi salah satu punca perubahan karakter maskulin dalam diri seorang lelaki. Ada yang dipaksa minat dengan perkara yang bukan dalam jiwa mereka pada waktu kecil sedangkan lelaki tersebut lebih berminat dengan hal-hal keperempuanan. Bila dibesarkan dalam kalangan wanita, mereka lebih suka menonton program andaman, masakan dan rancangan-rancangan fesyen.

5.Terlampau banyak pengaruh media

Ini merupakan punca yang paling dirisaukan ramai. Memang betul bukan semua lelaki feminin adalah biseksual namun disebabkan pengaruh media Barat yang terlampau kuat boleh menyebabkan mereka jadi sedemikian. Jadi, limitkan pengaruh media kepada fesyen dan hal-hal berfaedah sahaja walaupun anda lelaki bersifat feminin.

*Ramai dalam kalangan lelaki lembut hanya mempunyai sisi feminin di luar sahaja, tapi tenaga batinnya masih jantan sejati tau!

Baca juga: Cara Pilih Bingkai Cermin Mata Ikut Bentuk Muka, Barulah Cun!

Sumber: RealMenStyle, WingsOverTheHill

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×