Dapur

Lebih 17k Shares, Ini Cara Bancuh Kopi Kaw Tanpa Guna 3 In 1 & Rasa Macam Minum Di Starbucks!

213
SHARES

Siapa di sini merupakan peminat tegar atau ‘hantu’ kopi? Sudah semstinya kopi menjadi pilihan minuman terutamanya di pagi hari untuk menhilangkan rasa mengantuk. Tetapi, kalau hari-hari asyik berkunjung ke kedai kopi premium untuk mendapatkan kopi yang berkualiti, boleh kering juga poket.

Jadi, selain menggunakan minuman 3 in 1, ada alternatif lain yang anda boleh guna untuk terus menjaga kesihatan ketika minum minuman berkopi. Mendapat perkongsian lebih 17 ribu di laman Facebook, resepi dari saudara Wan Luqman ini boleh digunapakai oleh peminat-peminat kopi di luar sana!

CARA BANCUH NESCAFE RASA MACAM MINUM DI STARBUCKS

Salam 1 jemaah nescafe…kander tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera kander.

Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap! Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Ini resepi bancuhan untuk seorang minum. Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya.. Mintak maaf ya, kite paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3in1. Kepada penagih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar..280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih…sebab tu perut kau buncit tak kempis-kempis…yang disalahkan, nasi…kesian nasi…

1.Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.

2.Susu cair dalam 2-4 sudu kecil

3.Susu manis 1 setengah sudu hinggan 2 sudu kecil

4.Campurkan dan kacau sekali

5.Warna bila dicampur dan dikacau…waktu ni bau macam dekat starbucks kononnya…hahah. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.

6.Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!

7.Dah siap…memang sedap…jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya…warna sungai pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan diair sudah ku tahu jantan betinanya…macam tu lah nescafe..hahaha

Dah terbiasa dengan etika budaya kerja starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4…

*Selamat mencuba!

Sumber: Wan Luqman

Most Popular

To Top
SKIP THIS AD ×