40 Minggu

Kurangkan Stretch Mark Dengan 7 Cara Ini. Tak Cuba, Tak Tahu

4K
reads
cara kurangkan stretch mark

“Eee teruknya kesan parut kat perut ni sampai berbirat-birat dibuatnya. Menggerutu je nampak. Macam mana nak kurangkan stretch mark ni? Bolehkah buang parut ni? Kalau kekal macam ni, malulah!”

Stretch mark memang sinonim dengan wanita mengandung. Ia terjadi apabila kulit menjadi regang akibat tekanan berlebihan apabila mengalami pertambahan berat badan secara drastik, terutamanya sewaktu hamil.

Biasanya stretch mark akan lebih ketara selepas bersalin dengan parut berwarna putih timbul di bahagian perut, punggung dan payu dara.

cara kurangkan stretch mark

Foto Kredit: momjunction.com

Adakah Mustahil Untuk Saya Kurangkan Stretch Mark Ini?

Sebenarnya apabila anda mendapat stretch mark ini, ia akan menjadi parut kekal. Tapi tidak bermakna anda tidak boleh berusaha untuk mengurangkan kesan parut ini.

7 Cara Berkesan Kurangkan Stretch Mark

Anda boleh mencuba cara ini untuk mengurangkan kesan stretch mark.

1. Ambil vitamin B6, magnesium dan vitamin C

 

Kekurangan zat besi juga menyebabkan stretch mark berlaku. Oleh itu banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan kerana kebanyakannya kaya dengan kesemua zat ini.

Suplemen tambahan mengandungi magnesium dan vitamin B6 juga boleh membantu membaiki semula kulit yang rosak. Vitamin C pula mengembalikan keanjalan kulit.

2. Selalu urut

Setiap hari, urut bahagian berparut agar kulit di bahagian itu sentiasa lembap dan anjal. Disarankan guna minyak kelapa kerana ia membantu mengekalkan kelembapan untuk tempoh lama.

3. Rawat dengan aloe vera

cara kurangkan stretch mark

Foto Kredit: doktorigo.hu

 

Selain memiliki seribu satu khasiat, aloe vera atau lidah buaya memang terbukti dapat membaiki semula kulit berparut.

Lebih baik jika guna gel semula jadi yang boleh didapati daripada batang lidah buaya.

4. Sapu minyak yang kaya vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang mampu membantu proses pembaikan kulit yang rosak.

5. Kerap bersenam

kurangkan stretch mark

Foto Kredit: womansday.com

 

Apabila bersenam setiap hari, kulit yang kusam boleh menjadi bertambah sihat dan cantik.

Ini kerana, peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.

6. Guna perahan jus lemon

Lemon memang banyak kegunaannya. Mengandungi Alfa hydroxy yang bertindak sebagai agen peluntur, ia membuang kulit-kulit mati dan membaik pulih kulit yang rosak. Sapu jus lemon pada kawasan parut untuk seketika agar serap pada kulit. Jangan pula lupa bilas ya!

7. Lalukan ‘derma roller’ pada kulit

cara kurangkan stretch mark

Foto Kredit: healthierdaily.com

 

‘Derma roller’ adalah sejenis alatan yang boleh didapatkan dari kebanyakan farmasi. Ianya menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru yang akan menutup cela pada kesan stretch mark mahupun selulit.

Lalukan pada kulit setiap hari. Selain mampu mengurangkan parut ia juga mengeluarkan angin pada badan.

Bagi mereka yang sedang hamil,

Digalakkan mengambil vitamin atau makanan yang kaya zat besi.

Selain menyumbang kepada sumber nutrisi yang diperlukan, anda juga mampu mengelakkan masalah stretch mark.

Minumlah air dengan banyak agar kulit sentiasa dalam keadaan lembap dan anjal. Tidak pun, selalulah sapukan losyen pada perut, payu dara, pinggul dan paha yang merupakan bahagian tumpuan untuk stretch mark.

Betul kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati!

Yang Popular

To Top