Kini Trending

Kiddocare Raih 5x Peningkatan Bila Guna REV Ad Manager, Nak Cari Pengasuh Pun Mudah!

7
SHARES

Membesarkan anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Sebagai ibu bapa yang bekerja, pasti kita mempunyai tanggungjawab dan tugasan yang perlu dilakukan dan pada waktu yang sama perlu pandai membahagikan masa dengan kehidupan di rumah terutamanya apabila mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian penuh anda sepanjang masa agar mereka dapat membesar dengan baik.

Anda pasti memerlukan bantuan untuk menjaga anak-anak. Di sinilah anda boleh menggunakan perkhidmatan Kiddocare, sebuah platform dalam talian menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh terlatih.

Baca juga: REV Ad Manager (RAM) Bantu PKS Tingkatkan Jualan & Buka Lebih Banyak Peluang Niaga

KIDDOCARE RAIH 5X PENINGKATAN BILA GUNA REV AD MANAGER

Kiddocare bersedia untuk membantu anda mencari pengasuh-pengasuh terlatih Malaysia dan mereka memilih untuk REV Ad Manager (RAM) untuk memperkasakan lagi jenama.

Objektif Kiddocare untuk mendapatkan pelanggan baru bagi perkhidmatan mengasuh anak berjaya dicapai setelah mereka menjalankan kempen bersama RAM.

Platform layan diri ini merupakan usahasama di antara REV Media Group, penerbit digital terkemuka Malaysia juga merupakan cabang digital Media Prima Berhad dan Dattel Asia Group yang memberikan anda akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.

Dengan hanya menjalankan sebuah kempen menggunakan jenis iklan Prestasi (Mobile Sticky Bottom), CTR (click-through rate) mereka telah meningkat kepada 5% (melebihi tanda aras).

“‘Sangat mengujakan apabila kami dapat mengenal pasti profil audiens keluarga yang betul dan cadangan saluran yang tepat untuk iklan kami, dan hasilnya kami berjaya meraih 5x peningkatan dalam jualan”, kata Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff.

Tambahnya lagi, akses kepada RAM telah membolehkan kami untuk berkembang lebih dari iklan media sosial bagi memastikan capaian jenama kami pada kadar yang berpatutan.

Nikmati kelebihan ini untuk jenama anda apabila bekerja dengan RAM:

1. Anda tidak membeli saluran, anda beli rangkaian penonton.

2. Tidak perlu pilih saluran, RAM cadang & beri khidmat

3. Penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.

Memperkenalkan jenama anda kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak akan menghabiskan bajet anda. Paling penting, anda dapat hasil yang anda inginkan. Dengan 5 langkah mudah ini, anda tidak perlu bimbang lagi.

1. Cipta kempen

2. Cipta audiens

3. Cipta reka bentuk

4. Bayar dan terbitkan iklan

5. Laporan prestasi

RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran.

Hubungi kami untuk khidmat REV Ad Manager supaya anda juga boleh menjalankan kempen yang berkesan lebih daripada media sosial. Tarik perhatian pelanggan anda di laman web premium tempatan Malaysia dan sokong ekosistem tempatan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×