Business

Jom Dapatkan Produk & Perkhidmatan Rakan Usahawan PUNB. Wajib Cuba!

46
SHARES

Anda mencari produk atau perkhidmatan tempatan yang best dan berkualiti? Lagi-lagi keluaran usahawan Bumiputera! 

Ni… min nak kongsikan senarai produk-produk dan perkhidmatan daripada Rakan Usahawan PUNB yang wajib anda cuba. Macam-macam ada!

Haaa…kalau nak tahu teruskan membaca tau!

1. Susu Terbaik Untuk Yang Tersayang

Zaman sekarang ni banyak sangat jenama susu telah dikeluarkan sampai tak tahu nak pilih yang mana satu kan?

Tak perlu risau sebab SUFFY kan ada!

 

SUFFY menawarkan pelbagai jenis susu berasaskan susu kambing dan susu lembu yang baik untuk kanak-kanak, golongan dewasa dan warga emas. Ini yang kita mahukan! Barulah sama-sama sihat.

Halal ke? Sudah semestinya halalan toyyiban! Produk SUFFY ini memiliki sijil HALAL Malaysia dan HACCP tau.

Keselamatan dan kualiti produk SUFFY juga sentiasa dipantau selari dengan keperluan anda yang ingin mencari produk susu berkualiti.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk SUFFY!

2. Pakaian Sukan Selesa & Sopan

Sebagai seorang yang memahami wanita lagi-lagi yang bertudung ini, min boleh katakan yang pakaian merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi mood anda betul tak? Apatah lagi ketika bersukan.

Ya… ingat senang ke nak cari baju yang berkualiti dan selesa untuk dipakai dan yang paling penting menutup aurat.

Nasib baik ada Innersejuk, terus settle masalah.

Syarikat milik Rakan Usahawan PUNB ini menggunakan teknologi ‘drill chill’ dalam penghasilan semua pakaian keluaran mereka. 

So, tak perlu risau bila berpeluh dan tak selesa kerana jenama ini mengutamakan fabrik berkualiti tinggi.

Yang bestnya produk Innersejuk merangkumi modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup muslimah kini.

Produk Innersejuk ini juga telah memasuki pasaran antarabangsa tau. Hebat kan!

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Innersejuk!

3. Set Penjagaan Diri 100% Semula Jadi

Mesti anda dah tahu mengenai rangkaian produk keluaran syarikat Tanamera ini kan? Maklumlah produk semula jadi yang terkenal katakan.

Produk Tanamera ini diformulasikan secara semula jadi tanpa menggunakan pewarna tiruan, bahan aktif dan pengawet. 

Antara produk Tanamera yang paling famous ialah set penjagaan berpantang, minyak urut herba dan minyak pati untuk aromaterapi.

Yang bestnya, semua peringkat umur termasuk kanak-kanak pun boleh gunakan produk ini tanpa ragu-ragu.

Apa yang lebih mengagumkan Tanamera menghasilkan dua jenis rangkaian produk iaitu untuk pasaran retail dan spa profesional.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Tanamera!

4. Bergaya Dengan Batik Modern & Funky

Anda penggemar batik macam min? Kalau betul min nak suggestkan satu kedai yang korang boleh pergi untuk dapatkan batik-batik yang memang berkualiti.

Nak tahu kat mana? Heheh!

Sudah semestinya Kapten Batik sebab kini ia merupakan jenama pakaian batik yang penuh dengan rekaan moden dan funky.

Kapten Batik juga telah mengubah persepsi orang ramai mengenai pakaian batik yang dianggap persalinan acara formal atau untuk majlis perkahwinan sahaja.

Jenama ini telah mempopularkan pemakaian batik dan telah berjaya menukar corak pemikiran orang muda bahawa batik sesuai digayakan pada bila-bila masa.

Bukan sahaja terkenal dengan kemeja batik untuk lelaki, ada pelbagai pilihan pakaian seperti dress, skirt, seluar palazzo, skaf dan pakaian kanak-kanak. So, tak perlu risau sebab banyak pilihan untuk seisi keluarga.

Anda boleh dapatkan produk keluaran Rakan Usahawan PUNB ini di cawangan butik dan beberapa pusat beli belah terkemuka ibu kota.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Kapten Batik!

5.Calling for All Pencinta Fesyen!

Buat pencinta fesyen, min nak kongsikan satu jenama ni yang sentiasa mengeluarkan pakaian-pakaian yang tengah trendy

Nak tahu apa? Haaa…LOCKA lah jawapan dia.

LOCKA adalah jenama anak tempatan yang juga merupakan Rakan Usahawan PUNB.

Rekaan dan corak pakaian LOCKA sesuai untuk fashionista kerana koleksi pakaiannya yang ‘Instagrammable’.

Kat sini anda boleh dapat pelbagai koleksi seperti blaus, dress, skirt, seluar dan set baju & seluar.

Jadi, apa tunggu lagi? Kalau nak cari baju raya, pakaian ke pejabat, pakaian santai mahupun harian, boleh beli secara dalam talian atau pergi je ke butik LOCKA. Confirm puas hati!

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk LOCKA!

6. Kepuasan Jus Buah Sebenar Dalam Setiap Sedutan

Satu lagi produk Rakan Usahawan PUNB yang anda wajib cuba ialah jus buah sebenar jenama Ayaq World.

Mesti anda pernah dengan jenama ni betul tak?

Sesuai dengan slogan mereka ‘Pekat, Likat, Melekat’, anda pasti puas hati apabila menikmati jus buah sebenar yang berkualiti dan segar ini. Terliur pulak min!

Hanya putar dan buka penutup botol terus boleh minum jus yang segar dan pastinya mampu menghilangkan dahaga.

Ayaq World mengeluarkan pelbagai pilihan jus buah antaranya mangga, nenas, campuran beri dan durian belanda.

Anda boleh menikmati jus buah kegemaran anda sama ada di dalam botol (500ml) atau pouch (300ml). Tak kira mana satu pilihan anda, ia tetap mudah untuk dinikmati di mana-mana sahaja! 

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Ayaq World!

7. Khidmat Pengasuh Kini Di Hujung Jari

Pernah tak ada ketika anda mempunyai rancangan atau kerja di saat akhir tapi ada masalah siapa nak jaga anak?

Jangan risau, Kiddocare kan ada.

Syarikat Rakan Usahawan PUNB ini menawarkan aplikasi mudah alih penjagaan anak yang pertama di Malaysia dan dibangunkan pada tahun 2018.

Ia berperanan untuk menghubungkan ibu bapa yang sedang sibuk bekerja dengan pengasuh yang bertauliah dan boleh dipercayai untuk menjaga anak-anak.

Tak perlu runsing lagi tau!

Kiddocare juga telah memiliki lebih 5,000 pengasuh yang berdaftar dan memberi khidmat di lebih lima negeri antaranya Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kiddocare!

8. Perkhidmatan Menukar Bateri On-The-Go

Bayangkan kenderaan anda tak boleh nak ‘start’ sebab ada masalah bateri. Aduh, kat mana nak dapatkan bantuan ni?

Jangan panik… Bateriku.com boleh bantu!

Mudah dan cepat, anda hanya perlu muat turun aplikasi Bateriku.com di telefon bimbit masing-masing. Dari situ, anda terus boleh buat tempahan untuk menukar bateri kenderaan anda. Selesai masalah tau!

Bukan setakat khidmat tukar bateri je ditawarkan malah baiki kereta rosak dan jualan aksesori kenderaan juga ada. Mantap!

Bateriku.com kini sudah beroperasi sejak 2014 dan telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1 juta pelanggan untuk khidmat penukaran bateri kereta termasuk pemeriksaan, penghantaran dan pemasangan.

Menariknya, mereka ada khidmat selepas jualan yang komprehensif. Bukan biasa-biasa tau!

Anda boleh terus menghubungi pihak Bateriku.com dengan pelbagai cara, antaranya aplikasi telefon bimbit, laman web, chatbot, pusat panggilan yang berkhidmat selama 24 jam setiap hari dan boleh datang ke cawangan Bateriku.com di seluruh negara.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bateriku.com!

Jom sama-sama martabatkan produk & perkhidmatan tempatan!

Macam mana dengan produk-produk dan perkhidmatan yang min kongsi tadi, menarik tak?

Banyak lagi produk dan perkhidmatan yang best-best ditawarkan oleh Rakan Usahawan PUNB ni. Sebagai rakyat Malaysia kena lah sapot lokal!

Kalau suka apa tunggu lagi cepat dapatkan dan guna sekarang tau!

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai PUNB atau ingin menjadi sebahagian dari Rakan Usahawan PUNB, boleh lah ke laman web rasmi www.punb.com.my dan ikuti media sosial rasmi Instagram @punbofficial untuk maklumat terkini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×