Famili

Rev Media Group Jadi Rakan Strategik Platform Digital MyMall, Bantu Usahawan PKS

4
SHARES

RMG telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall. Memorandum persefahaman ini telah ditandatangani antara REV Media Group (RMG) dan MyMall melalui SME Bank, mencipta sinergi dalam usaha membantu para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Baca juga: Rev Ad Manager (RAM) Bantu PKS Tingkatkan Jualan & Bantu Buka Lebih Banyak Peluang Niaga

MYMALL BANTU USAHAWAN PKS, PELUANG GUNA PLATFORM PERNIAGAAN REV AD MANAGER

Pertukaran memorandum ini juga telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Selangor bertempat di Rerurai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada Jumaat lalu.

Untuk pengetahuan semua, MyMall yang diperkenalkan oleh KUSKOP adalah platform pembangunan ekosistem keusahawanan yang dikhususkan kepada usahawan serta produk-produk tempatan. MyMall merangkumi empat paksi utama; e-dagang, latihan, pembiayaan, dan pemasaran.

Sebagai rakan strategik, RMG akan membantu para usahawan PKS di Malaysia dengan memberikan peluang kepada mereka untuk menggunakan khidmat platform pengiklanan REV Ad Manager (RAM).

RAM adalah gandingan bersama REV Media Group dan Dattel Asia Group, sebuah syarikat data dan analisis pengguna yang menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.

USAHAWAN PKS AKAN DIBANTU UNTUK PEMASARAN PRODUK & PERKHIDMATAN

Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau berkata:

“RAM dikuasakan dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk menyasar audiens dengan lebih baik. Kami yakin REV Ad Manager (RAM) dapat membantu para usahawan ini mendapatkan capaian yang lebih luas dan dapat memanfaatkan data dari platform ini untuk membuat keputusan pemasaran yang baik,” tambahnya.

Jangan risau, buat anda yang pertama kali menceburkan diri dalam bidang usahawan, para usahawan PKS akan dibantu oleh REV Marketing Partners, rakan kongsi platform RAM untuk proses pemasaran produk dan perkhidmatan di MyMall.

Dengan menggunakan platform REV Ad Manager, usahawan PKS boleh mengiklankan produk mereka secara terus dan memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG di jenama-jenama terkemuka seperti Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times dan banyak lagi.

Sebagai penerbit digital terkemuka di Malaysia, REV Media Group menyambut baik inisiatif ini dan sentiasa berusaha untuk membantu proses pemasaran para usahawan tempatan ke tahap yang lebih baik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×