Asuh

Rugi Kalau Tak Pernah Masak Ikan Dori Untuk Anak, Rupanya Ada 1001 Khasiat! (Ada Resipi Juga)

3
SHARES

Ikan dori merupakan salah satu jenis ikan yang popular dan diminati ramai. Selain tekstur isi yang lembut, khasiat ikan dori untuk anak adalah mampu menjadikan kesihatan badan lebih optimum.

Antara khasiat ikan dori adalah mengandungi omega 3, iodin, besi, magnesium, taurin, selenium, flourida, DHA dan EPA. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti penerangan di bawah.

Baca juga: Kalau Anak Tantrum, Ibu Ayah Kena Elak Buat 3 Benda Ini

KHASIAT IKAN DORI UNTUK ANAK, RUGI KALAU TAK BAGI

KHASIAT IKAN DORI

1. OTOT SIHAT

Ikan dori merupakan salah satu ikan yang mempunyai banyak khasiat luar biasa kerana mengandungi pelbagai zat dan vitamin yang menyumbang kepada otot sihat.

2. MENINGKATKAN TAHAP KECERDASAN BAYI  

Kecerdasan bayi boleh ditingkatkan dengan makan makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan. Kandungan Omega 3 dalam ikan dori mempunyai manfaat untuk pertumbuhan sel otak dan juga meningkatkan kecerdasan bayi.

3. MENJAGA KESIHATAN MATA 

Ikan dori mengandungi vitamin A dan kalsium yang sangat baik untuk merawat kesihatan mata. Penglihatan kanak-kanak akan kekal tajam.

Dengan penglihatan yang baik juga, proses pembelajaran anak akan berjalan dengan lancar. Dengan itu, ia akan lebih mudah untuk menyerap ilmu dan menjadikannya lebih berjaya.

4. SISTEM PENGHADAMAN SIHAT 

Kesihatan penghadaman dalam badan kanak-kanak amat penting untuk dijaga. Oleh itu, ikan dori mampu membantu tumbesaran, perkembangan kanak-kanak dan sistem penghadaman mereka.

5. MENJAMIN KESIHATAN JANTUNG

Kandungan vitamin, mineral, protein, dan lemak tak tepu dalam ikan dori juga memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan jantung.

Jantung si kecil pasti kekal sihat jika ibu rajin menyediakan makanan berasas ikan dori.

RESEPI MUDAH UNTUK SI KECIL

KHASIAT IKAN DORI

1. SUP IKAN DORI

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ikan dori yang dibuang tulang
  • 1/2 lobak merah
  • Bunga kubis secukupnya
  • Saderi dan daun bawang
  • Garam & gula
  • 1 ulas putih yang dikisar
  • 4 biji lada yang ditumbuk

Cara penyediaan: 

– Tumis bawang putih dan biji lada menggunakan mentega.

– Masukkan air dan letakkan sayur sehingga masak.

– Akhir sekali, masukkan ikan dori dan perasakan.

2. IKAN DORI KICAP 

Bahan-bahan:

  • 350 gram isi ikan dori
  • 2 ulas bawang putih kisar
  • Halia dihiris memanjang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu teh kicap masin
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 sudu teh stok cendawan
  • 2 sudu besar minyak
  • 75-100 mililiter air
  • Daun bawang

Cara penyediaan: 

– Kukus ikan bersama halia selama lebih kurang 15 minit.

– Sediakan bahan perasa yang lain dengan menumis bawang putih hingga naik bau.

– Masukkan air, sos tiram, kicap manis, kicap masin, minyak bijan dan air rebusan cendawan.

– Keluarkan ikan dori yang telah dikukus dan masukkan ke dalam sos.

– Sedia untuk dihidangkan.

3. IKAN DORI GORENG MENTEGA

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ikan dori
  • 1 sudu besar tepung
  • Garam
  • Bawang putih dikisar
  • Keju
  • Air

Cara penyediaan:   

– Salut ikan dengan tepung gandum dan goreng.

– Tumis bawang putih menggunakan mentega sehingga naik bau.

– Masukkan air, garam dan keju.

– Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng.

Baca juga: Tak Ada ‘Drama Air Mata’ Setiap Pagi Bila Anak Pergi Sekolah, Mak Ayah Guna Teknik Berkesan Ini!

Sumber: Dr Health Benefit & Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×