Famili

Fakta Unik Tentang Air Zam Zam, Sebaik-Baik Air Yang Ada Di Muka Bumi!

8
SHARES
khasiat air zam zam

Setiap kali ada saudara terdekat atau rakan-rakan kembali dari Kota Suci Mekah, pasti mereka akan menghadiahkan air zam zam dalam kuantiti yang tertentu supaya semua dapat merasa khasiat air zam zam ini. Nikmatnya tidak terkata!

Dikategorikan sebagai air yang paling berkhasiat dan mempunyai nutrien tertinggi di dunia, ramai yang teruja untuk mengetahui keunikan di sebalik air zam zam yang tidak pernah kering alirannya ini. Jom kita baca.

Baca juga: Siapa Ummu Hani’ Yang Dikatakan Cinta Pertama Rasulullah SAW? Mufti Tolong Ceritakan…

KHASIAT AIR ZAM ZAM, KEUNIKANNYA DIKAGUMI!

1. Air Zamzam mengandung pelbagai mineral penting yang diperlukan tubuh. Selain rasanya yang khas, air zam zam mengandung sodium, kalsium, magnesium, potassium, dan pelbagai zat yang diperlukan tubuh. Ini perbandingan Air zam zam dengan air biasa:

khasiat air zam zam

2. Tidak hairan, air zam zam disebut sebagai perigi barakah. Setiap detiknya, perigi zam zam menghasilkan air sebesar 11.5-18.5 liter. Sangat melimpah untuk ukuran lokasi yang berada di tengah gurun pasir Arab yang tandus.

3. Secara geologi, perigi zam zam berada pada cekungan wadi Ibrahim, di mana air-air melewati lapisan aluvium dan masuk ke kawasan bawah tanah di sekitar Kaabah. Sebegitu banyaknya jemaah haji, tetapi air zam zam selalu cukup untuk memenuhi dahaga para jemaah!

4. Air zam zam berasal dari perigi zam zam. Terletak sekitar 21 meter di sebelah timur Kaabah. Kalau kamu lihat tanda seperti ini di mataf, itu dulunya adalah bekas mulut perigi zam zam berada. Lantas, perigi zam zam sekarang ada di mana? Masih di tempat yang sama, hanya saja berada di lantai bawah tanah. Tidak lagi pakai perigi biasa, tapi sudah pakai mesin dan secara automatik disalurkan ke tempat penampung.

Mulut perigi zam zam yang lama dipindahkan ke muzium sejarah yang juga berada di Kota Mekah. Bucketlist ini biar orang tahu sejarah kota Mekah!

5. Air zam zam diuji setiap hari untuk memastikan kandungan dan kualitinya tetap terjaga. Ya, bukan sekadar asal ambil airnya saja lalu diberikan ke jemaah. Tetapi juga sudah ada standard kualitinya. Bahkan ketika di bulan Ramadan, 100 sampel random air zam zam dicuba setiap harinya.

6. Air zam zam sudah pada tahap “industrialisasi”. Air disalurkan melalui paip-paip dan disalurkan ke kilang sehingga boleh didistribusikan dan dijual ke tempat lain. Termasuk ke Madinah. Makanya, tidak hairan di Madinah juga ada air zam zam.

khasiat air zam zam

*Jadi, buat anda yang berada di Mekah, nikmatilah kemudahan untuk minum air zam zam ini tanpa had. InsyaAllah sihat tubuh badan!

Baca juga: 6 Adat Melayu Dikatakan Bertentangan Dengan Islam Tapi Masih Diamalkan

Sumber: X @erlanishere

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×