Sihat

Budak 4 Tahun Kena Cabut 18 Batang Gigi Akibat Suka Tidur Dengan Botol Susu

391
SHARES

Seorang doktor gigi telah mendedahkan satu kes yang dikendalikan beliau demi mengingatkan orang ramai tentang pentingnya penjagaan gigi kanak-kanak menerusi akaun Facebook beliau beberapa hari yang lalu.

18 Daripada 20 Batang Gigi Dicabut Pada Kanak-kanak 4 Tahun

Sathian Ken Suravisankul, seorang doktor gigi dari klinik Smile Station di Phuket, Thailand, menceritakan di mana beliau terpaksa mencabut 18 daripada 20 batang gigi seorang anak laki-laki berusia 4 tahun.

“Dia hanya boleh menggunakan dua batang gigi yang terletak di kedua-dua belah rahangnya buat masa ini.

“Saya terfikir, macam mana dia nak makan,” katanya.
Menurut beliau, hampir kesemua gigi susu kanak-kanak itu terpaksa dicabut kerana giginya rosak teruk dan tak dapat diselamatkan lagi.

Tak Gosok Gigi, Suka Tidur Dengan Botol Susu

Kerosakan gigi yang serius itu dikatakan berpunca daripada tabiat anak tersebut sering tertidur dengan botol susu di mulutnya setelah dia selesai minum tanpa menggosok gigi.

Perkongsian doktor gigi itu menjadi viral dek ramai yang naik ngeri melihat gigi yang dicabut dan kesan cabutan pada gusinya.

Bayangkan, kita yang dewasa ni nak cabut sebatang gigi pun dah takut. Macam manalah seorang budak nak cabut 18 batang gigi kan?

Tengok gambar pun rasa ngilu tau.

Kasihan pun ada sebab dia dah kehilangan hampir kesemua giginya.

Penjagaan Gigi & Mulut Bermula Seawal Bayi

Melalui perkongsian ini, diharapkan ibu bapa dapat lebih meluangkan masa untuk menjaga kesihatan gigi anak serta prihatin terhadap tabiat pemakanan mereka.

Malah, sebelum mula tumbuh gigi lagi sepatutnya mulut bayi sentiasa dicuci dan dibersihkan agar tidak menjadi tempat pengumpulan bakteria. Sebab itulah kebanyakan doktor juga menyarankan agar penggunaan botol susu dihadkan atau terus dihentikan seawal usia 2 tahun.

Memang pada awalnya susah dan nak kena ‘berperang’ dengan anak yang liat nak gosok gigi dan tak mahu bercerai botol susu ni. Tapi, nak tak nak kena jugalah paksa demi kebaikan mereka.

Kalau dah jadi macam ni kan ke lagi susah?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×