Famili

Bila Beli Rumah Ambil Kira Saiz Tanah & Binaan, Jangan tengok Design Je!

64
SHARES
KELUASAN RUMAH

Sekiranya anda ingin membeli rumah, bukan reka bentuk sahaja menjadi pilihan tetapi keluasan rumah juga perlu diambil kira supaya kena dengan cita rasa.

Bagi mengelakkan anda ditipu, ketahui dengan lebih lanjut mengenai keluasan rumah mengikut reka bentuk seperti perkongsian di bawah. Baru lebih mudah dan jelas!

Baca juga: 10 Tips Rumah Kekal Bersih & Wangi Macam Hotel, Ramai Belum Tahu!

KELUASAN RUMAH MENGIKUT REKA BENTUK, KENA AMBIL KIRA

KELUASAN RUMAH

Apartment/kondo/flat: 

– 400500+sqft – kecil

Kalau saiz macam ini biasanya studio unit / soho. Biasa ada 1 bilik atau tiada bilik.

– 600-750+sqft – kecil

Untuk saiz ini dikira kecil. Ada yang cukup untuk 2 bilik, ada yang 3 bilik.

– 800-900sqft – sederhana

Saiz ini dikira “standard saiz” untuk kebanyakan rumah apartment. Saiz yang boleh dikatakan “selesa”. Tak besar sangat. Tak kecil sangat

– 900-1000+sqft – besar dan luas

Untuk saiz ini dikira besar bagi sebuah rumah apartment/ kondo/ flat. Layout rumah juga lebih luas. Sesetengah kondo ada yang bersaiz 1500++sqft yang mana kadang lebih luas dari saiz binaan rumah teres.

Teres/landed (intermediate. Kalau corner / end lot saiz tanah lebih besar )

Saiz rumah teres ini biasanya (ukuran kaki):

  • 16×60
  • 18×60
  • 18×70
  • 20×60
  • 20×65
  • 20×70
  • 20×75
  • 20×80
  • 22×70
  • 22×75
  • 24×70

Saiz lebar rumah

1. Saiz tanah lebar 16-18 kaki: kecil

Lebar ini dikira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saizi ni kecil dan untuk parking kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja.

18 kaki pula muat 1 kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat 2. Bergantung pada pagar rumah. Kalau tak ada tembok kiri kanan boleh masuk dua.

2. Saiz tanah lebar 20 kaki: sederhana

20 kaki ni dikira saiz standard kebanyakan rumah teres dekat Malaysia. Kira saiz yang paling banyak ada dekat pasaran. Muat untuk dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang jadi pilihan ramai

3. Saiz lebar 22 kaki ke atas: besar

Saiz yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai “superlink”.

Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Saiz 24 kaki ke atas kalau parking 2 kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk mini garden dan sebagainya.

Satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.

60 kaki ke bawah – pendek

Panjang 60 kaki biasanya selepas di tolak ruang untuk car porch dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Car porch pun lebih pendek.

65-70 – sederhana

Saiz biasa bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tak pendek sangat. Tak panjang sangat. Saiz yang paling ramai suka.

75 kaki ke atas – panjang

Untuk panjang ni biasanya car porch akan panjang sedikit atau saiz biasa. Bahagian backyard pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Saiz 80-90 kaki dikira panjang.

Keluasan rumah teres setingkat boleh ambil kira saiz rumah apartment sebagai panduan.

Bagi rumah teres 2 tingkat:

1500sqft ke bawah – kecil

Biasa sekarang developer banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1500sqft. Kadang dia bagi tanah lebih. Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk kita buat sendiri tambahan.

1550sqft – 1750 – sederhana

Bagi saiz ini dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan “just nice”. Tak besar. Tak terlalu kecil sangat. Tapi biasa saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada design rumah.

1800sqft – 2000 – besar

Saiz ni dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Biasanya tak perlu buat tambahan dapur , bilik dan sebagainya kerana dah cukup.

Boleh jadikan panduan bagi yang sedang mencari rumah. Apa pun pilih mengikut bajet dan cita rasa masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Rahsia Cuci Tandas Yang Ramai Tak Tahu, Lantai Pasti Tak ‘Berkerak’!

Sumber: Facebook Fahimah Mahayuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×