Malang tidak berbau, kebelakangan ini dikejutkan dengan kes seorang bayi maut di dalam kereta kerana bapanya terlupa. Walau bagaimanapun, semestinya tiada ibu dan bapa inginkan perkara sebegini untuk berlaku juga memberi peringatan buat ibu bapa di luar sana akan lebih berhati-hati dan peka selepas ini. Jadi, ibu ini kongsi trik gunakan ‘child reminder’ di aplikasi ‘Waze’ untuk memberi peringatan kepada si ibu atau bapa setelah tiba di lokasi.
APLIKASI WAZE ADA FUNGI ‘CHILD REMINDER’
Takziah kepada famili anak kecil yang meninggal semalam kerana tertinggal di dalam kereta.. Sedih bila ada sad news berkaitan budak-budak kecil ni.. Dan lagi sedih bila ada yang cakap kalau tak pakai carseat mesti tak jadi macam ni.. Carseat lagi dipersalahkan..
Bagi pengguna WAZE, perasan tak dalam tu ade function untuk Child Reminder? Function dia adalah untuk mengingatkn kita bila kita arrived kat satu-satu tempat, Child Reminder tu akan pop-out keluar (Rujuk gambar). Dan Child reminder function ni boleh di setting dalam waze (Rujuk video).
ANAK DALAM CARSEAT KEBIASAANNYA TERTIDUR
Sorry kerana hujung video tu ada iklan.. Video ni saya buat masa rilek-rilek scroll-scroll pasal carseat awal Januari haritu.. Tiba-tiba terfikir bila government dah implement penggunaan carseat, mesti ada parents yang terlupa ada anak dalam carseat.. Lagi-lagi baby yang perlu di letakkan di belakang.. Possibility untuk tertinggal dalam keadaan kelam kabut tu ada sebab baby ni bila masuk carseat kebiasaannya tertidur.. Parents memang boleh terlupa ada anak di belakang.. I nak post dari awal Jan haritu masa belum ada kes lagi.. Tapi husband cakap tak payah la.. Mana ada org nak tertinggal anak dalam kereta.. I pun krik-krik la terus simpan video ni.. Bila jadi kes semalam, I memang perlu pos video ni.. Memandangkn ramai yang guna apps Waze.. Jadi maaf ye iklan hujung tu.. Macam tak sesuai bila dah ada kes kematian macam ni.. Nak edit balik tak dan dah.. Tak payah tengok la iklan tu..
SANGAT BERGUNA
Function Child Reminder ni memang berguna sangat.. Ada anak kecik memang tak lari dari kelam kabut dan terlupa.. Cuma kelemahan dia kalau tak buka apps Waze tu, tak function la Child Reminder ni.. Tapi untuk pengguna Waze dan yg ada anak kecil, saya sarankan la untuk on kan Setting ni kerana memang sangat membantu..
Sama-sama la kita mencegah dari berlaku.. Yang dah berlaku tu harap kuatkn semangat .. Benda macam ni tak ada parents pun nak ia nya terjadi.. Kita ni yang masih tak hadapi benda macam ni, jangan la salahkan penggunaan carseat.. Cuba study pasal carseat tu.. You akan jumpa something yang memang carseat ni perlu untuk protect anak sewaktu dalam kenderaan..
Sumber: Nadia Arluna