Asuh

7 Sebab Jangan Halang Anak Bela Kucing, Walaupun Kita Bukan Pencinta Haiwan

1.5K
SHARES
bela kucing

“Kesiannya anak kucing dalam kotak ni, ada orang buang dia… Mama, nak bela kucing ni boleh?”

“Eee… Mama takutlah dengan kucing.. Takut dia gigit. Lagipun, kamu pandai jaga kucing ke?”

Memang lumrah anak-anak sukakan haiwan, terutamanya kucing, kan? Ini kerana ia senang dijumpai di jalanan sekitar Malaysia.

kelebihan bela kucing

Foto Kredit: mamatoga.com

Ibu Bapa Rasa Leceh Bagi Anak Bela Kucing

Kadang-kadang, ibu bapanya yang ‘geli’ atau fobia dengan kucing atas alasan tertentu.

Jadi, memang tak pernah terlintas untuk membela kucing sebagai haiwan peliharaan.

Tapi, tahukah anda bahawa ada terlalu banyak manfaat memelihara haiwan, lebih-lebih lagi kucing.

gaya-kucing-tidur-katil-ikea-duktig-04

7 Sebab Jangan Halang Anak Bela Kucing, Walaupun Kita Bukan Pencinta Haiwan

Walaupun kita bukan pencinta tegar haiwan-haiwan comel, itu bukan alasan untuk menghalang si kecil daripada memiliki haiwan peliharaan.

Ikuti 7 manfaat luar biasa pada anak jika diberi bela kucing:

1. Kurang Risiko Alahan Dan Lelah

Eh, selalunya kucing dikaitkan dengan alahan (alergi) atau lelah (asthma). Tapi ini terbalik!

Mengikut kajian yang pernah diterbitkan menerusi TIME Magazine, anak-anak kecil yang membesar dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan sebenarnya kurang berisiko untuk menghidapi kedua-dua simptom ini.

Ini kerana, saintis mempercayai bahawa haiwan peliharaan seperti kucing akan mendedahkan anak kepada mikrob, lalu mematangkan sistem imun mereka lebih awal berbanding anak-anak normal.

Fakta ini disokong oleh kajian yang turut mendapati kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan adalah yang paling kurang mendapatkan rawatan respiratori di klinik-klinik.

bedak talkum bayi

Memelihara haiwan sebenarnya menguatkan pertahanan badan serta membantu mengelakkan alahan dan lelah. / Foto Kredit: modernreaders.com

2. Anak Lebih Banyak Bermain Di Luar

Kalau anak bela kucing, tentu mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar kerana ingin membawa kucing bersiar-siar. Kalau tidak di padang pun, di halaman rumah pun jadilah.

Bukankah ini lebih baik berbanding menonton televisyen atau bermain gajet sepanjang hari?

3. Kemahiran Sosial Bertambah Baik

Kalau ada anak yang pemalu atau susah bergaul dengan orang, bela kucing adalah salah satu daripada penyelesaiannya.

Dengan adanya ‘teman’, anak akan lebih selesa bercakap dan meluahkan isi hati mereka. Tidak kiralah sama ada kucing itu memahaminya atau tidak.

Ini sebenarnya adalah satu bentuk terapi yang baik, tidak kiralah berapa usia anak.

Berdasarkan sebuah ‘survey’, Dr. Jalongo mendapati lebih 40% daripada ibu bapa mendapati anak-anak mereka amat rapat dengan haiwan peliharaan sehingga menjadikan haiwan ini sebagai tempat meluahkan perasaan.

Kemahiran mengenal emosi marah, sedih, atau berkongsi apa sahaja cerita ini dapat menjadikan mereka lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

bela kucing

Foto Kredit: catster.com

4. Memupuk Sifat Penyayang & Kreatif

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, jika mereka rapat dengan haiwan, anda pasti akan nampak sisi penyayang mereka.

Malah, kehadiran kucing dalam hidup mereka akan menjadikan otak anak lebih kreatif kerana secara tidak langsung mereka turut mempelajari kemahiran mengurus masa, menguruskan ‘teman rapat’ mereka, serta melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza.

Kucing juga comel dan banyak gelagatnya. Lama-kelamaan, tentu anda turut akan sayangkan kucing itu walaupun fobia pada awalnya.

kelebihan bela kucing

Foto Kredit: buzz.az

5. Membantu Anak Belajar Membaca

Menurut sebuah laporan ABC News, sebuah program ‘Purr-Fect Companion’ telah memasangkan setiap anak dengan kucing-kucing terbiar di sebuah pusat khas untuk membantu mereka membaca. Percaya tak, kesannya yang sangat memberangsangkan!

Ini kerana, anak-anak yang sedang ‘merangkak’ untuk membaca berasa lebih relaks dan konfiden untuk menyebut patah perkataan secara ‘read out loud’ apabila adanya kucing itu di sisi mereka.

Sebaliknya, anak-anak jadi selesa dengan haiwan peliharaan kerana mereka menganggapnya sebagai ‘teman’ dan pemberi semangat.

Sebab itulah, pakar terapi telah sekian lama menggunakan haiwan seperti kucing untuk membantu anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah seperti membaca.

Maka, tidak hairanlah kanak-kanak autisme juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.

kelebihan bela kucing

Anak yang sedang membacakan buku kepada seekor kucing di Animal Rescue League Of Berks County, US. / Foto Kredit: abcnews.go.com

6. Melatih Disiplin & Sifat Tanggungjawab

Bukan senang nak jaga kucing, sebab itulah ibu bapa biasanya malas nak tambah komitmen lagi di rumah.

Bayangkanlah, anda perlu bertanggungjawab terhadap corak makanan kucing, kebersihannya, permainannya, imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor.

Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah. Kucing ini memang pembersih sebenarnya, kalau kita tak rajin bersihkan tempat najisnya, mereka akan buang air di tempat lain yang lebih ‘bersih’.

Sifat tanggungjawab yang baik ini bukan saja memberi kesan terhadap kelakuan seharian anak-anak, tetapi ia juga menjadi benih permulaan kepada ‘parenting skill’ yang baik.

Mereka juga boleh diharap kerana kemahiran ini datang secara semulajadi daripada menjaga haiwan peliharaan mereka.

7. Sesuai Dengan Anjuran Islam

Kita sedia maklum bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya agar berbuat baik sesama makhluk, termasuklah haiwan.

Seperti dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW dari Riwayat Muslim:

Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.

Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.

Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”

Maka, terbuktilah bahawa perbuatan menyantuni haiwan seperti kucing bukanlah satu amalan kosong, tetapi peluang untuk menuai ganjaran akhirat juga! Malah, ramai yang telah mengaitkan perbuatan mengasihi kucing dengan rezeki yang terbuka luas dan melimpah-limpah.

bela kucing

Foto Kredit: farmandfleet.com

Kucing Sebagai Perhiasan Rumah Tangga

Ternyata banyak manfaat dalam memelihara haiwan peliharaan, lebih-lebih lagi kucing kerana ia juga adalah binatang kesayangan Nabi kita, Muhammad SAW.

Saya terbaca sebuah artikel yang sangat menarik tentang kelebihan bela kucing dari tazkirah.net hasil nukilan Nurul Akmal Ibrahim. Antara pengisian yang saya baru tahu adalah tentang kucing peliharaan Rasulullah.

Dikisahkan bahawa nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Sayangnya Rasulullah SAW ini terhadap kucing itu sehingga baginda tidak mengejutkan kucing ini apabila ia tidur di lengan jubahnya. Mueeza juga selalu digendong dan selalu diusapkan di atas peha baginda.

Bukan itu saja, diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa baginda pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk baginda kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama.

Apabila ditanya tentang itu Rasulullah SAW bersabda:

“Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Hebatnya! Jadi, kalau anak minta kebenaran nak bela kucing lepas ni, ibu-ibu mesti akan pertimbangkan juga ya?

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×