Asuh

Mudah Marah, Sakit Hati & Degil, Ustaz Saran Baca Surah Nuh Untuk Mendamaikan Jiwa

27
SHARES
surah nuh

Berhadapan dengan minda yang serabut dengan masalah adalah perkara yang tidak asing lagi bagi setiap insan. Terutama kepada ibu bapa yang sering stres dengan perangai anak, suami atau isteri yang sering bergaduh, jangan putus asa dalam memperbaiki hubungan tersebut. Salah satu cara untuk mendamaikan diri adalah dengan membaca Surah Nuh dalam Al-Quran.

Banyak kisah pengajaran yang boleh kita dapat dari Nabi Nuh yang berhadapan dengan ujian kaumnya selama 950 tahun! Sedarlah bahawa masalah yang dihadapi oleh kita hanyalah sebesar semut.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

PENGAJARAN BOLEH DAPAT DARI SURAH NUH

surah nuh

“Kita ni sebagai mak ayah, stres tak dengan perangai anak? Lambat solat. Culas bab aurat. Tinggal Al-Quran. Sedangkan kita dah nasihat banyak kali dah. Lama-lama kita rasa jemu tak nak nasihat anak?” Tanya ustaz.

“Jemu. Sakit hati pun ada”, “Biarkan je lah dia. Dah besar, pandailah fikir sendiri”. Antara jawapan pelajar.

“Kalau suami kita ke, isteri kita ke, Kita pesan untuk tutup aurat, berhenti merokok, pergi masjid, tapi dia tak dengar-dengar juga. Apa rasa?” Tanya ustaz lagi.

“Marah. Sakit hati. Dah besar tapi degil” jawab pelajar lagi. Ustaz pun menyampaikan syarahan dan kesimpulannya berikut.

surah nuh

1. Bukalah surah Nuh dan tadabburlah seluruh surah itu.

Betapa hebat dan dahsyat ujian Nuh. Nuh dihantar oleh Allah kepada kaumnya selama 950 tahun. Allah tahu tak masa nak hantar Nuh kepada kaum dia ni, kaum dia jenis macam mana? Allah Maha Tahu kan. Allah tahu kaum Nuh antara kaum terdegil di muka bumi.

Dah tu kalau Allah dah tahu, kenapa Allah hantar juga? Kenapa tak terus musnah dan tenggelam kan je kaum tu? Kenapa perlu susah-susah nak hantar Nuh? Sebab Allah nak buktikan rahmat Allah. Nak beritahu Allah ni sangat besar rahmatNya. Allah takkan azab sesuatu kaum selagi tiada peringatan datang. Kalau Allah terus azab, makanya Allah ini zalim. Peringatan dibawa oleh siapa? Oleh para Rasul dan Nabi.

2. Kenapa Allah bagi sampai 950 tahun pada Nuh?

Sebab Allah nak tunjukkan bahawa dakwah ini satu urusan yang sangat besar, jalannya sangat dahsyat. Walau tanpa gaji atau elaun bulanan, hanya orang yang benar-benar meyakini Hari Akhirat, akan menekuni tugas ini sampai ke garisan terakhir.
Allah juga nak jadikan Nuh ni sebagai kisah tauladan untuk para Nabi selepas itu termasuk Rasulullah dan juga kita semua.

Supaya manusia sedar, tempoh mereka melakukan dakwah, takkan sampai tempoh macam Nuh, takkan dapat setanding kesulitan Nuh. Takkan! Kita biasa rakyat Malaysia hidup 65 tahun. Kita nak dakwah keluarga sendiri pun, dah rasa tertekan sebab mereka tak ikut kata kita.

Padahal tak sampai pun tempoh suku tahun perjuangan Nuh. 1 tahun dakwah kita nisbahnya 14 tahun dakwah Nuh. Tu pun dah hilang sabar, hilang pergantungan pada Allah. Nuh ni dakwah siang dan malam, tanpa henti. Kita ni kadang, pesan harini suruh anak belajar Al-Quran, jaga solat, lepastu bulan depan baru pesan sekali lagi. Dakwah kita bukan siang malam, tapi,
Berapa bulan sekali. Beza tak kita dengan Nuh?

Kadang apa yang kita suruh pun tak selari dengan Al-Quran hadith, inikan pula Nuh yang berdakwah 950 tahun, semua dakwahnya semata-mata perintah Allah. Bukan ikut nafsu sendiri. Kita syok sendiri rasa dah banyak berdakwah, tapi, hakikatnya barulah sekejap sangat.

3. Isteri Nuh dan anaknya ini duduk serumah.

Macam kita duduk serumah dengan pasangan dan anak-anak. Makan sama, tidur sama, sembang sama. Tapi, Allah uji Nuh,
orang yang duduk bersamanya itulah orang yang kufur, ahli neraka.

Kalau orang kita akan kata, “Tengok Nuh tu, suruh orang taat Allah. Anak isteri pun tak boleh ikut. Ni nak suruh orang lain pulak. Betulkanlah anak isteri dulu.. ” Betulkan? Sebab pandangan manusia tak sama dengan pandangan Allah. Allah nak beritahu kita bahawa, pasangan dan anak kita ni ujian manusia. Walau macamanapun kita sayang mereka, tapi kalau mereka langgar perintah Allah. Mereka akan menjadi ahli neraka.

Di dunia kita boleh duduk rumah sama-sama, makan sama-sama, gelak sama-sama, pergi bercuti sama-sama, tapi di Akhirat, kita akan terpisah. Satu menikmati syurga, satu mendapat azab neraka. Tugas kita hanyalah menyeru kepada ketaatan pada Allah. Berjaya atau tidak, itu bukan Allah nak lihat. Allah nak tengok usaha kita. Sebab hidayah taufiq milik Allah secara TOTAL.

Jadi, tak perlu tertekan, tak perlu rasa macam diri tak guna sebab dakwah tak diterima, tak perlu rasa kita ibubapa yang gagal.
Sebab tak dapat membentuk anak menjadi soleh selepas kita dah usahakan dakwah siang dan malam pada mereka.

Tadabburlah Al-Quran,
Tadabbur lah surah Nuh.

Di situ kita akan faham proses dakwah sebenar itu, ujiannya bukan kecil. Dan apabila ada menolak dakwah kita, jangan sampai memberi kesan kepada iman kita. Jangan sampai kita menyalahkan Allah, jangan sampai kita mengeluh dan kufur.

4. Nuh ni hadapi ujian dahsyat

Dia tak ada kawan-kawan yang boleh dia luahkan kesedihan dia, kesulitan dia. Kita ni, bila susah sikit, sedih sikit, mesti nak cari orang untuk luah. Nuh tiada siapa! Maka, tempat Nuh mengadu adalah Allah semata-mata. Allah nak tunjuk pada kita, sebenarnya, manusia ini, tempat dia nak mengadu yang selayaknya adalah ALLAH.

Tempat kita kena bergantung harap adalah Allah semata. Kita ni, bila kena duduk jauh dari mak ayah, kadang sedih sebab dah tak ada tempat nanti nak mengadu. Sebab kita hanya rasa manusia tu adalah tempat terbaik untuk kita. Sedangkan, kalau kita luahkan masalah kita harini dekat kawan kita.

Kita rasa macam lega. Hakikatnya, bila masalah tu jadi lagi, terus rasa tertekan lagi. Sebab makhluk tiada upaya nak bagi solusi tepat dan paling terbaik, melainkan Allah SWT.

Foto hiasan: Bahtera Nabi Nuh.

Baca juga: Semak Logo Halal Malaysia Pada Makanan, Pastikan Ada Ciri-Ciri Yang Diiktiraf INI!

Sumber: Aqilah Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×