Famili

Kelahiran Bayi Di Malaysia Suku Pertama Tahun 2024 Dilaporkan Makin Menurun

6
SHARES
KELAHIRAN BAYI

Kelahiran bayi di Malaysia pada suku pertama tahun 2024 dilaporkan semakin menurun sebanyak 9.4% berbanding suku pertama tahun 2023.

Jumlah pada tahun 2024 adalah sebanyak 106,386 manakala pada tahun 2023 pula sebanyak 117,413 direkodkan.

Baca juga: Perangai Anak Boleh Dipengaruhi Pada Waktu Lahir, Anak Ibu Lahir Pagi, Petang atau Malam?

KELAHIRAN BAYI DI MALAYSIA DILAPORKAN MENURUN

KELAHIRAN BAYI

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 49 bayi bagi setiap jam dan 1,182 orang setiap hari.

“Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639 kelahiran. Selangor mencatat bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8 peratus),” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Labuan mencatatkan jumlah kelahiran hidup terendah iaitu hanya sebanyak 323 kelahiran.

Usia ibu 30 hingga 39 tahun merekodkan kelahiran tertinggi iaitu sebanyak 55,864 (52.5 peratus). Ibu berumur 20 hingga 29 tahun (40 peratus), 40 tahun dan lebih (enam peratus) dan kurang 20 tahun (1.5 peratus)

Tambah beliau juga, kaum Melayu menyumbang sebanyak 68.8 peratus kelahiran pada suku tahun pertama 2024. Bagi Cina dan India, masing-masing menurun kepada 8.8 peratus dan 3.7 peratus.

“Bumiputera lain pula merekodkan peningkatan kepada 12.7 peratus pada suku tahun pertama 2024,” tambahnya.

Baca juga: Bayi Dibuang Jadi Anak, Punca Pasangan Ini Tak Jadi Cerai Sehari Sebelum Puasa

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×