Famili

Memang Gempak, Terima Kasih Untuk 300 Ribu Pengunjung Di Karnival Jom Heboh Selangor!

30
SHARES
KARNIVAL JOM HEBOH SELANGOR

Selepas tiga hari berkampung di Dataran Stadium Shah Alam, Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda yang pertama untuk tahun 2023 sempena ulang tahun ke-39 tahun TV3 akhirnya melabuhkan tirai.

Karnival yang bermula pada hari Jumaat lalu, berjaya mendapat sambutan hangat dengan lebih 300,000 pengunjung menghadiri acara tersebut.

TERIMA KASIH MERIAHKAN KARNIVAL JOM HEBOH SELANGOR

Kemeriahan di booth REV MEDIA terutamanya ketika sesi SirapLimau memang gempak dan mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat seperti di bawah:

PETROSAINS SCIENCE SHOW

Karnival Jom Heboh Selangor

Lawati Petrosains, The Discovery Center dan nikmati 11 permainan interaktif, pameran, eksperimen dan banyak lagi aktiviti menyeronokkan.

Lebih menarik lagi, Petrosains sesuai untuk semua peringkat umur kerana ia membolehkan anda menumpukan pada teknologi futuristik dan pembangunan petroleum.

Jom bawa anak-anak untuk menimba ilmu sains dengan cara yang lebih menyeronokkan.

HARGA TIKET MYKAD

  • DEWASA – RM22
  • KANAK-KANAK RM10
  • WARGA EMAS – RM10

HARGA TIKET TIADA MYKAD

  • DEWASA RM35
  • KANAK-KANAK RM20
  • WARGA EMAS RM20

Dapatkan tiket di:

ULTIMATE PETTING ZOO & ANIMALS

Karnival Jom Heboh Selangor

Ultimate Petting Zoo & Animal Show merupakan mini zoo bergerak di mana boleh menerima tempahan untuk sebarang majlis seperti hari jadi, program sekolah, hari keluarga dan sebagainya.

Telah beroperasi lebih 8 tahun, mereka juga menjalankan aktiviti animal talk education yang merupakan aktiviti khas untuk sekolah-sekolah dan tadika bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan rasa cinta pelajar terhadap haiwan.

Lebih 30 spesis haiwan comel dan reptilia yang akan dibawakan khas ke tempat anda. Jangan risau, Ultimate Petting Zoo & Animal Shows ada permit haiwan bergerak daripada Jabatan Perhilitan Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi

http://www.wasap.my/+601169977322 – Cik Nadirah

http://www.wasap.my/+60124605606 – Encik Fairuz

Facebook page

Instagram

KANDORA DRUM

Karnival Jom Heboh Selangor

Kandora! adalah nama pendek bagi KANtan DRUm circle yang merupakan sebuah gerakan perkusi yang mempromosikan tagline Hormat & Harmoni.

Diasaskan pada Jun tahun lalu, 2022, di Sungai Kantan, Kajang. Diuruskan oleh pengasas bersama Kantan Drum Circle PLT, Zufar Adzahan (operasi) dan Wan Adli Wan Hassan (kewangan dan pembangunan bisnes)

Konsep drum circle yang tidak konvensional iaitu Band-assisted Drum Circle, menggunakan band muzik untuk menyokong irama perkusi yang dialunkan oleh peserta mengunakan baldi plastik dan senduk kayu.

Mereka berjaya mencipta Rekod Malaysia bersama AEON Big (M) Sdn Bhd di Ipoh, Perak pada 21 Januari 2023; “Penyertaan Pergendangan Baldi Teramai di Malaysia”

Ahli band Kandora! terdiri daripada Zufar Adzahan (Fasilitator Perkusi), Ahmad Fikri (Vokalis), Haidi Hykal (Keyboard), Irfan Adli (Bass), Hadiffauzan Omar (Perkusi), Rai Kimi (Perkusi)

Lagu pertama “Jong-Jong Inai Percussive” telah pun berada di platform muzik digital seperti Spotify, YouTube Music dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan harga boleh hubungi di:

FARIZ HILMI THE MAGICIAN

Karnival Jom Heboh Selangor

Fariz Hilmi merupakan ahli silap mata terkenal di Malaysia dan beliau sudah berkecimpung dalam bidang ini lebih 12 tahun. Sekiranya anda inginkan kelainan untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, makan malam syarikat dan karnival, boleh menjemput Fariz Hilmi kerana persembahan yang dilakukan merupakan interaktif show.

Trik magik yang digunakan tidak sama dan tidak berulang kerana setiap siri adalah berbeza-beza. Sekiranya anda berminat, jangan segan-silu untuk booking!

Terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan Karnival Jom Heboh di Dataran Stadium Shah Alam. Jumpa anda di lokasi seterusnya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×