Famili

Abe Kakak Mari Meriahkan Karnival Jom Heboh Di Negeri Kelantan 7-9 September Ini!

24
SHARES
jom heboh

Karnival Jom Heboh 2023 kini kembali di lokasi baharu iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan! Selepas menamatkan jelajah pertama di Shah Alam Selangor yang merupakan lokasi pertama pada tahun 2023, anda boleh datang meriahkan suasana di RTC Tunjung, Kota Bharu Kelantan bermula 9 pagi-9 malam pada 7-9 September ini.

Ada apa yang menarik? Jom-jom-jom kita tengok!

KARNIVAL JOM HEBOH KE KELANTAN BERSAMA SIRAPLIMAU

karnival jom heboh

Seperti edisi terdahulu, Karnival Jom Heboh akan membariskan ramai selebriti popular tempatan, personaliti TV, penyampai radio dan influencer yang bakal turut serta memeriahkan karnival kali ini yang ditaja oleh BABAS. Anda juga boleh berkonsert bersama selebriti seperti Ameng Spring, Naqiu, Khai Bahar, Nizam Laksamana, Lan Solo dan ramai lagi.

Penganjuran karnival selama tiga hari ini bakal menyaksikan penglibatan rangkaian jenama media terkenal di bawah Media Prima meliputi televisyen, radio, media cetak dan digital antaranya TV3 MALAYSIA, TV9,WOWSHOP, Hot.fm, Molek.fm, Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

Tidak ketinggalan di bawah jenama REV MEDIA GROUP, sudah pastinya team Siraplimau akan turun padang memeriahkan lagi suasana bersama orang-orang Kelantan. Apa yang dibawakan oleh Siraplimau kali ini ya?

karnival jom heboh

HARI PERTAMA 7/9/2023

Aktiviti mewarna bersama kanak-kanak dari jam 10 pagi hingga 11 pagi. Kami juga ada slot masa kedua, iaitu dari jam 5 petang hingga 6 petang.

HARI KEDUA 8/9/2023

Pada sesi pertama iaitu jam 10 pagi hingga 11 pagi, kita mulakan dahulu dengan aktviti mewarna. Untuk sesi petang dari jam 5 petang hingga 6 petang, kami bawakan mini zoo dari Bentara Pets Mover yang akan mempamerkan haiwan-haiwan eksotik seperti Tarantula Dragon dan ular sawa.

HARI KETIGA 9/9/2023

Untuk hari terakhir, kami mulakan dengan aktiviti mewarna juga dahulu pada jam 10 pagi hingga 11 pagi. Kemudian untuk sesi kedua, Siraplimau bawakan Persatuan Seni Silat Gayume Stame Gare Negeri Kelantan yang akan mempamerkan aksi silat keris dan tongkat. Memang tak sabar!

karnival jom heboh

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Kelantan! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×