Famili

Karnival Jom Heboh 2023: Kunjungi Slot SirapLimau, Banyak Aktiviti Menaikkan Adrenalin Anda!

karnival jom heboh tahun 2023

Karnival Jom Heboh Tahun 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadirkan diri di slot SirapLimau selama tiga hari nanti kerana banyak aktiviti menarik yang dijanjikan.

Bertempat di Booth REV MEDIA, Dataran Stadium Shah Alam pada 2 hingga 4 Jun 2023. Ada apa yang menarik? Jom-jom-jom kita tengok!

Baca juga: Karnival Jom Heboh 2023 Kembali Di Selangor, Siraplimau Bawa Tetamu ‘Eksklusif’ Untuk Anda!

KARNIVAL JOM HEBOH TAHUN 2023

karnival jom heboh tahun 2023

SENARAI AKTIVITI SIRAPLIMAU SELAMA 3 HARI DI KJH

Karnival Jom Heboh kali ini, pastinya membariskan pelbagai aktiviti dan jemputan menarik dari team SirapLimau! Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijanjikan adalah seperti berikut:

AKTIVITI HARI PERTAMA

karnival jom heboh tahun 2023

  • Tarikh: 2 Jun 2023
  • Nama aktiviti: Petrosains Science Show
  • Masa: 12pm – 1pm & 4pm – 5pm

Pelbagai aktiviti sains yang menarik dari PETROSAINS akan disajikan dan yang pasti akan menggelegakkan keterujaan dan minat anak-anak anda. Nak tahu ada letupan-letupan bahan kimia atau tidak? Kenalah datang tengok!

AKTIVITI HARI KEDUA

karnival jom heboh tahun 2023

  • Tarikh: 3 Jun 2023
  • Aktiviti: Ultimate Petting Zoo
  • Masa: 11am – 12pm
  • Aktiviti: Kandora Drumming Session
  • Masa: 3pm – 4pm

Ultimate Petting Zoo akan memberi peluang kepada anda untuk bermesra bersama pelbagai haiwan-haiwan eksotik seperti iguana dan black phyton. Tak perlu risau, jinak-jinak merpati semuanya itu.

Manakala, di sesi petang SirapLimau bawakan sesi drumming bersama Kandora Drum untuk menggegarkan suasana! Ini bukan anak-anak sahaja seronok, mak ayah pun boleh sertai sekali.

AKTIVITI HARI KETIGA

karnival jom heboh tahun 2023

  • Tarikh: 4 Jun 2023
  • Aktiviti: Breaking Games Session
  • Masa: 10am – 11am
  • Aktiviti: Magic Show Fariz Hilmi
  • Masa: 5pm – 6pm

Breaking Games Session adalah peluang buat anda semua merebut peluang memenangi hadiah eksklusif dari SirapLimau yang sukar didapati di luar!

Sementara itu, sesi terakhir SirapLimau akan dihidangkan dengan pertunjukkan magik dari Fariz Hilmi yang merupakan ahli silap mata terkenal. Tak sabar nak tengok!

ARTIS TERKENAL DI SLOT SIRAPLIMAU

Bukan sekadar itu sahaja, semasa aktiviti berlangsung ia turut akan dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular tanah air. Antaranya adalah Muaz Zabir, Nadia Brian, Adam Lee, Sweet Qismina dan ramai lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk bertentangan empat mata bersama mereka.

Malahan, Karnival Jom Heboh pada kali ini turut disertai oleh beberapa jenama media di bawah platform digital REV Media selain SirapLimau, seperti OhbulanSeismik TV dan Vocket.

SAMBUTAN ULANG TAHUN TV3 KE-39

Seperti edisi terdahulu, Karnival Jom Heboh akan membariskan ramai selebriti popular tempatan, personaliti TV, penyampai radio dan influencer yang bakal turut serta memeriahkan karnival kali ini.

Penganjuran karnival selama dua hari ini bakal menyaksikan penglibatan rangkaian jenama media terkenal di bawah Media Prima meliputi televisyen, radio, media cetak dan digital antaranya TV3 MALAYSIATV9,WOWSHOPHot.fmMolek.fmHarian MetroBerita Harian dan New Straits Times.

Menariknya, kali ini orang ramai juga diajak untuk menyambut ulang tahun TV3 ke-39 dan gegarkan Konsert Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda. Dua malam konsert ini akan menampilkan persembahan gempak dan mantap artis-artis popular tanah air seperti Floor 88, Amelia Azizan, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Shiha Zikir, Hazama, dan ramai lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Selangor! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×