Famili

Karnival Jom Heboh 2023 Kembali Di Selangor, Siraplimau Bawa Tetamu ‘Eksklusif’ Untuk Anda!

15
SHARES
karnival jom heboh

Karnival Jom Heboh 2023 kini kembali dan ini merupakan berita baik buat penduduk negeri Selangor! Merupakan lokasi pertama pada tahun 2023, anda boleh datang meriahkan suasana di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, bermula 9 pagi-9 malam pada 2-4 Jun ini. Ada apa yang menarik? Jom-jom-jom kita tengok!

KARNIVAL JOM HEBOH 2023 BUKA PENTAS DENGAN KE NEGERI SELANGOR!

Seperti edisi terdahulu, Karnival Jom Heboh akan membariskan ramai selebriti popular tempatan, personaliti TV, penyampai radio dan influencer yang bakal turut serta memeriahkan karnival kali ini. Penganjuran karnival selama dua hari ini bakal menyaksikan penglibatan rangkaian jenama media terkenal di bawah Media Prima meliputi televisyen, radio, media cetak dan digital antaranya TV3 MALAYSIA, TV9,WOWSHOP, Hot.fm, Molek.fm, Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

Menariknya, kali ini orang ramai juga diajak untuk menyambut ulang tahun TV3 ke-39 dan gegarkan Konsert Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda. Dua malam konsert ini akan menampilkan persembahan gempak dan mantap artis-artis popular tanah air seperti Floor 88, Amelia Azizan, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Shiha Zikir, Hazama, dan ramai lagi.

SIRAPLIMAU BAWA MINI ZOO? ADA MAGIC SHOW & SCIENCE SHOW? NAK MAIN DRUM PUN BOLEH!

karnival jom heboh

Lebih menarik, Karnival Jom Heboh pada kali ini turut disertai oleh beberapa jenama media di bawah platform digital REV Media iaitu Siraplimau, Ohbulan, Seismik TV dan Vocket. Karnival Jom Heboh yang akan berlangsung selama tiga hari pastinya membariskan pelbagai aktiviti dan jemputan menarik dari team Siraplimau!

Pada hari Jumaat (2 Jun), Siraplimau akan membawakan Science Show dari PETROSAINS pada jam 12pm-1pm dan 4pm-5pm. Akan ada letupan-letupan bahan kimia atau tidak? Kena datang tengok!

karnival jom heboh

Pada hari Sabtu ( 3 Jun) jam 11am-12pm pula, Siraplimau bawakan mini zoo yang dikenali sebagai Ultimate Petting Zoo! Inilah masanya untuk anak-anak datang bermesra bersama haiwan-haiwan eksotik seperti iguana dan black phyton. Jangan risau, haiwan-haiwan comel pun ada untuk anda bermain bersama. Seronok kan? Pada slot petang jam 3pm-4pm pula, kami bawakan sesi drumming bersama Kandora Drum untuk gegarkan suasana! Ini bukan anak-anak sahaja seronok, mak ayah pun boleh sertai sekali.

karnival jom heboh

Pada hari Ahad ( 4 Jun), Siraplimau mulakan pagi anda dari jam 10am-11am dengan sesi bermain games untuk anda rebut peluang memenangi hadiah eksklusif dari Siraplimau. Barang-barang ini orang lain tak dapat di luar tau! Pada sesi terakhir bersama Siraplimau dari jam 4pm-5pm pula anda akan berpuas hati dengan pertunjukkan magik dari Fariz Hilmi yang merupakan ahli silap mata yang terkenal. Tak sabar nak tengok!

karnival jom heboh

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Selangor! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×