Tahu tak, rumah yang anda diami sekarang ini mampu mengumpul sehingga 18kg habuk dalam tempoh setahun. Lagi berat dari seguni beras 15kg tau! Bahaya betul untuk kanak-kanak dan bayi yang tinggal bersama kan? Sebab mereka menyedut udara 50% lebih tinggi dari orang dewasa!
Pasti anda terbayang mana habuk sebanyak itu boleh datang? Sebenarnya, ia terhasil dari udara tercemar dari luar lalu terkumpul di dalam rumah. Seterusnya, ia membuatkan udara dalam rumah kita 5 kali lebih tercemar! Nak tahu mana habuk-habuk itu semua bersembunyi? Teruskan membaca…
1. Bantal tidur
Memandangkan bantal kita guna untuk tidur setiap malam, ada baiknya kita jemur di bawah cahaya matahari dan tukar sarung bantal secara kerap.
2. Anak patung
Anak-anak anda pasti banyak koleksi anak patung dan kerap bermain dengannya kan? Percaya atau tidak, setiap ruang udara pada anak patung mampu memerangkap udara tau! Jemur anak patung juga secara kerap ya!
3. Permainan kanak-kanak
Jika anak anda ada mainan seperti alatan memasak, kereta mainan dan sebagainya, baik anda kerap cuci semua permainan itu bagi mengelakkan habuk makin banyak melekat padanya.
4. Tingkap
Kami yakin, banyak habuk di tingkap rumah anda. Pastikan kawasan dan setiap celahan tingkap dibersihkan ya!
5. Bawah perabot
Kawasan yang sukar dicapai seperti bawah perabot, sangat berpotensi untuk menjadi lokasi habuk terkumpul. Maka, usaha sapu atau bersihkan secara kerap ya?
6. Penapis penghawa dingin
Pastikan anda servis dan bersihkan penapis penghawa dingin sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk mengelakkan habuk makin terkumpul.
7. Haiwan peliharaan
Kucing, hamster atau pelbagai lagi haiwan peliharaan yang ada di rumah anda sangat berpotensi untuk menjadi lokasi habuk terkumpul. Tak kiralah pada bulu, tempat makan atau tempat tinggal mereka, pastikan ia sentiasa bersih okay!
8. Celah-celah kelopak bunga
Kami yakin, rumah anda pasti banyak hiasan seperti pokok bunga palsu kan? Di balik celahan kelopak bunga adalah spot paling mudah habuk terkumpul. Rajinkan diri untuk membersihkan kawasan seperti itu!
9. Spray rambut
Jangan tak tahu ya, spray rambut yang biasa anda guna, tidak bagus untuk udara sekeliling dan badan kita kerana ia mengandungi aerosol. Kurangkan penggunaanya dan kalau boleh, elak terus!
10. Api di dapur memasak
Waktu menggoreng di dapur, gas memasak anda mengeluarkan gas nitrogen dioxide yang juga kurang bagus untuk udara di sekeliling kita.
11. Pan menggoreng
Sebut pasal dapur tadi, waktu anda menggoreng pasti gunakan minyak kan? Kalau anda nak tau, setiap percikan minyak ke udara bahaya untuk kita tau! Sebab, andalah yang bakal menyedut udara yang tercemar tu!
12. Produk pembersihan
Produk pembersihan yang biasa anda guna di rumah, mengandungi formaldehyde yang bahaya untuk udara kita. Jadi, hati-hati dalam memilih produk ya!
Jom bersihkan udara di setiap inci rumah anda dengan pembersih udara Dyson
Memandangkan banyak spot tersembunyi habuk dalam rumah anda, jom gunakan pembersih udara Dyson Pure Cool yang terbaru. Ia dilengkapi fungsi diffused, pusingan 350 darjah, paparan LCD bagi memaparkan kualiti udara dan waktu terkini, 2 penapis yang boleh dibeli secara berasingan berserta 3 sensor pintar!
Boleh didapati dalam 2 model mengikut kegunaan anda, pembersih udara Dyson Pure Cool mampu menapis udara di seluruh ruang dalam bilik, memerangkap gas dan 99.95% partikel halus sekecil 0.1 mikron.
Malah, anda juga boleh mengawal pembersih udara Dyson Pure Cool ini di rumah dari mana-mana di seluruh dunia menggunakan aplikasi untuk platform iOs dan Android yang kini sudah diberi kemaskini terbaru! Dengan paparan lebih cantik, mesra pengguna dan boleh diakses pada jarak jauh, mesti anda senang nak guna lepas ni!
Ini antara model pembersih udara Dyson Pure Cool yang boleh anda pilih…
Dyson Pure Cool Desktop purifying fan (DP04) – berharga RM2,259
Dyson Pure Cool Tower purifying fan (TP04) – berharga RM2,829
Kedua-dua pembersih udara Dyson Pure Cool ini boleh didapati dalam warna putih/perak, hitam/nikel dan iron/biru secara atas talian di shop.dyson.my, Dyson Demo di The Gardens Mall dan kedai elektrik yang mengambil bahagian. Untuk maklumat lanjut, layari www.dyson.my. Jom bersihkan udara dalam rumah!