Famili

Kami Cuba Laundry Capsule Yang Viral Ini Pada Cucian Kotor Untuk Mengetahui Sama Ada Ianya Berbaloi Atau Tidak!

2
SHARES

Baju kena tumpahan teh tarik dan kicap? Apron yang sangat kotor? Timbunan pakaian senaman yang dipenuhi dengan peluh dan lumpur? Haaa…Dengan menggunakan laundry capsule Breeze je mampu menghilangkan semua kotoran tersebut. Biar betul!

Pernah dengar tentang Power Laundry Capsule Breeze 3-in-1 tak?

Untuk pengetahuan anda, kapsul ini telah berada di pasaran sehingga mendapat sambutan yang sangat luar biasa di media sosial tentang betapa mudahnya cara penggunaannya dan sangat berkesan tau. Semudah ABC!

Hanya menggunakan satu kapsul kecil ini je sudah cukup untuk membersihkan keseluruhan beban pakaian yang besar serta menghilangkan kotoran degil. 

Breeze juga memberitahu, walaupun kapsulnya ini bersize kecil tetapi ianya sangat hebat sehingga berjaya menghilangkan 99 jenis kotoran degil walaupun pakaian tersebut sudah dibiarkan selama 7 hari. Wow!

Mempunyai 99% anti-bakteria dan boleh melembutkan serta menyegarkan pakaian korang.

*Berdasarkan ujian makmal.

Hebat sangat ke kapsul sekecil ini?

Untuk membuktikan pada anda semua, min telah memutuskan untuk mengujinya dengan beban pakaian yang dihasilkan selama seminggu dari mereka yang sudah keluarga.

Semua kotoran ini dihasilkan daripada tumpahan teh tarik dan kicap, apron yang sangat kotor dan timbunan pakaian senaman yang dipenuhi dengan peluh serta berlumpur.

Min memang terkejut tau sebab Power Laundry Capsule Breeze ini telah berjaya menghilangkan segala kesan kotoran yang melekat pada baju.

Berikut adalah beban pakaian dari min :

Kami memilih varian utama Breeze, Sakura Blossom untuk review kali ini

Terdapat tiga varian dengan bau dan fungsi yang berbeza seperti Sakura Blossom, Fresh Lavender, dan Fresh Eucalyptus.

Varian Sakura Blossom yang min gunakan ini mempunyai fungsi pelindung warna untuk mengelakkan pakaian korang daripada luntur tau.

Anda boleh lihat dengan jelas 3 variasi warna dan fungsi yang berbeza dalam satu pod kecil ini, bak pepatah kecil-kecil cili padi!

Berikut adalah saiz kapsul :

Walaupun kecil, satu kapsul ini sudah cukup untuk membersihkan beban pakaian sehingga 5kg ke 7kg!

Menurut Breeze, jika beban pakaian anda melebihi 7kg amatlah disyorkan untuk menggunakan dua atau lebih kapsul untuk hasil yang terbaik. Ia juga sesuai untuk digunakan pada mesin basuh front-load & top-load!

Disebabkan beban yang min gunakan adalah kira-kira 4kg hingga 5kg jadi min hanya menggunakan satu kapsul sahaja.

Caranya mudah je, min hanya perlu memasukkan kapsul ke dalam mesin basuh kemudian masukkan pakaian kotor dan basuh macam biasa. Anggaran kitaran mesin basuh min ialah 30 hingga 45 minit je.

Voilà, pakaian sudah siap dibersihkan!

Perkara pertama yang menarik perhatian min ialah wangiannya. Min terkejut sebab dengan muatan pakaian yang agak banyak ia boleh berbau seharum ini. 

Yang paling penting sekali tiada saki-baki dari kapsul melekat pada baju tau. Menurut Breeze, kapsul ini mampu larut serta-merta sebaik sahaja ia terkena air.

Min siap check sama ada noda kotoran tersebut masih ada ada tidak dan ternyata semua pakaian min memang bersih!

Berikut adalah gambar sebelum dan selepas setiap pakaian yang terkena kotoran degil :

1. Baju yang tertumpah kicap

2. Baju yang tertumpah teh tarik

3. Apron yang kotor

4. Pakaian senaman yang terkena lumpur

Macam yang anda boleh lihat, hampir semua noda berjaya dihilangkan. Walaubagaimanapun terdapat saki-baki kecil kesan teh tarik pada baju putih dan ianya hampir tidak kelihatan dan kebanyakan noda juga berjaya ditanggalkan dari pakaian tersebut.

Min rasa satu atau dua cucian lagi, atau mungkin membasuhnya dengan lebih lama ianya mampu menghilangkan noda tersebut.

Selain daripada kotoran, min rasa warna dari pakaian turut kelihatan lebih menyerlah dari sebelumnya dan berkemungkinan besar ianya daripada fungsi pelindung warna varian Sakura Blossom.

Betul Ke kapsul sekecil Power Laundry Capsules Breeze 3-in-1 ni mudah digunakan & mampu berfungsi dengan baik?

Min selalu stress sebab pencuci pakaian min selalu bersepah-sepah tau?

Nasib baiklah ada Power Laundry Capsules Breeze 3-in-1ni, jadi min dah tidak perlu lagi berurusan dengan sebarang bahan pencuci yang bersepah sana sini atau menggunakan agen pencuci, pelembut dan pewangi yang berbeza. Fuhh lega!

Untuk anda yang suka melancong di dalam atau luar negara dan memang kalau boleh nak cuci pakaian dengan sendiri, kapsul ini sangat berguna terutamanya jika anda mencuci pakaian tersebut di kedai dobi. 

Sangat mudah untuk dibawa!

Min rasa kapsul ini memang berfungsi dengan baik untuk semua orang terutamanya mereka yang sibuk dan cuba nak menjimatkan masa atau mereka yang ingin mempunyai detergen dobi  tapi hanya menggunakan ruang yang minimum.

Breeze mempunyai dua saiz pek untuk setiap varian, tab 18 kapsul (RM19.90) & pouch 40 kapsul (RM39.90)

Kalau anda nak tahu, 18 kapsul dalam bentuk tub hanya berharga RM19.90 dah cukup berbaloi untuk keluarga yang kecil atau anda yang tinggal bersendirian. Bagi mereka yang kerap melakukan cucian yang banyak, anda boleh pertimbangkan dalam bentuk pouch 40 kapsul yang berharga RM39.90

Setiap varian didatangkan dengan fungsi yang berbeza seperti :

  • Sakura Blossom: Mempunyai pelindung warna untuk mengelakkan pakaian daripada luntur
  • Fresh Eucalyptus: Penuh dengan haruman yang mampu menyegarkan pakaian anda
  • Fresh Lavender: Setiap kapsul dibungkus dengan sifat anti-malodour

Semua varian ini didatangkan dengan enzim yang diperoleh secara semula jadi, tiada pencerah optik dan merupakan anti hama, habuk serta anti bakteria. Ianya juga berfungsi dengan baik untuk penggunaan indoor. Ini yang kita mahukan!

Cepat tunggu apa lagi, anda boleh dapatkan Power Laundry Capsules Breeze 3-in-1 di Shopee atau Lazada, serta di pasar raya besar dan super terkemuka seperti AEON, AEON Big, Lotus’s, Giant, Mydin, Village Grocer, The Food Merchant, Econsave, TF Value Mart, dan Billion.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×