Nur

Kadar Zakat Fitrah 2016 Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

227
SHARES

Zakat fitrah difardukan ke atas setiap individu Muslim, lelaki dan perempuan setahun sekali.

Rukun Islam yang keempat ini diwajibkan pada bulan Ramadhan kerana Allah memberi keistimewaan kepadanya sebagai bulan toleransi dan bulan penuh kesyukuran di kalangan hambaNya.

Zakat fitrah ini akan disalurkan oleh lembaga zakat kepada penerima asnaf yang layak.

bayar fidyah online

Foto Kredit: scoopwhoop.com

Kadar Zakat Fitrah 2016 Mengikut Negeri

Umumnya, kadar zakat fitrah adalah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kg beras atau dibayar dengan wang dalam Ringgit Malaysia.

Di Malaysia, kadar zakat fitrah berbeza mengikut negeri berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Negeri-Negeri.

Berikut adalah kadar zakat fitrah 2016 mengikut negeri seperti yang diwar-warkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat & Haji Malaysia (JAWHAR).

No Negeri Kadar Zakat Fitrah
1 Perlis RM 7.00
2 Kedah RM 7.00
3 Pulau Pinang RM 7.00
4 Perak RM 7.00
5 Selangor RM 7.00
6 Negeri Sembilan RM 6.50
7 Melaka RM 6.70
8 Johor RM 6.00 / 8.00
9 Pahang RM 7.00
10 Terengganu RM 7.00
11 Kelantan RM 7.00
12 Sarawak RM 7.00
13 Sabah RM 7.00
14 (WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan RM 7.00

Siapa Yang Wajib Menunaikan Zakat Fitrah?

Orang Islam yang wajib menunaikan tuntutan ini adalah mereka yang memenuhi syarat wajib berikut:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
kadar zakat fitrah 2016

Foto Kredit: hollariau.com

Siapa Yang Berhak Menerima Zakat?

Zakat yang dikumpulkan oleh institusi zakat seluruh Malaysia untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma “ ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan. (orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)

Riwayat Imam Ahmad, sumber dari JAKIM

Menerusi hadis ini, dirumuskan terdapat 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat iaitu:

  1. Orang fakir – Orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
  2. Orang miskin – Seseorang yang mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya
  3. Amil – Orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
  4. Golongan muallaf – Seseorang yang baru memeluk agama Islam.
  5. Orang yang menanggung hutang – Penghutang Muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
  6. Orang bermusafir – Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
  7. Fisabilillah – Orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
  8. Hamba abdi (riqab) – Seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

Untuk memohon zakat, bolehlah mengisi borang di pusat zakat negeri masing-masing atau klik sini untuk pautan permohonan zakat negeri Selangor.

Waktu Mengeluarkan Zakat

Kita boleh mengeluarkan seawal masuknya malam Ramadhan pertama hinggalah selesai solat sunat hari raya aidil fitri. Namun, terdapat waktu yang berlainan hukumnya.

Waktu wajib : Bermula terbenam matahari akhir 29 atau 30 ramadhan hingga terbit matahari esoknya

Waktu paling afdal : Sebelum solat hari raya aidil fitri

Waktu sunat : Sepanjang bulan ramadhan

Waktu makruh : Selepas solat hari raya aidil fitri hingga terbenam matahari 1 syawal

Waktu haram : Selepas terbenam matahari 1 syawal

kadar zakat fitrah 2016

Foto Kredit: annisa-today.ru

Jangan Lengah!

Banyak hikmah dalam berzakat, dan antara yang paling selalu disebutkan ia dapat membersihkan harta serta melengkapkan kekurangan puasa Ramadhan kita.

Dengan mengetahui kadar zakat fitrah 2016, anda boleh terus membuat bayaran pada amil atau kaunter zakat di masjid atau secara online.

Untuk mengetahui cara menunaikan zakat secara online, klik pada artikel ini: Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank2u & CIMB Clicks

Usah ambil mudah soal mengeluarkan zakat kerana ia tidak akan dikira sebagai zakat apabila telah melepasi waktu makruh.

Seperti dalam sebuah hadis:

“Sesiapa yang menunaikannnya sebelum solat Aidil Fitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu zakat biasa saja.”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×