Kini Trending

JPJ & PDRM Tawar Diskaun Saman Sehingga 80% Dari 9-12 Disember 2021!

141
SHARES

Bersempena dengan Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan PENGURANGAN BAYARAN SAMAN (Diskaun Saman).

Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.

Baca juga: Cara Nak Check Baki Touch ‘n Go Dalam IC Secara Online, Senang!

DISKAUN SAMAN JPJ & PDRM TERKINI (9-12 DISEMBER 2021)

Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Tarikh : Mulai 9 Disember hingga 12 Disember

Masa : 9.00 pagi hingga 10 malam

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke KLCC, anda juga boleh mendapatkan diskaun saman PDRM yang sedang berlangsung di beberapa buah negeri.

TAWARAN PENGURANGAN SAMAN PDRM (DISKAUN SAMAN 50%) BULAN DISEMBER 2021

Terdapat banyak negeri yang menawarkan diskaun saman bagi bulan Disember 2021 ini. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengurangan saman yang ditawarkan dan cara untuk anda membuat semakan saman secara online.

1) Sarawak

DISKAUN SAMAN 50% DI SEMUA KAUNTER SAMAN TRAFIK SELURUH KONTINJEN SARAWAK. Bermula 01 hingga 14 Disember 2021 seluruh Kontinjen Sabah akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 8:30 pagi hingga 3:00 petang (waktu pejabat).

Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :

1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah

2. Lorong Kecemasan

3. Potong Secara Memberhaya

4. Potong di Garisan Berkembar

5. Kemalangan

6. Dalam Perbicaraan

7. Tidak Boleh Kompaun

8. Kesalahan Berkaitan Lori

9. Pengubahsuaian Ekzos

Pastikan anda mengamalkan penjarakan sosial dan memakai Face Mask semasa berurusan di Kaunter Pembayaran.

2) Pahang

POTONGAN 50% TRAFIK PDRM KONTINJEN PAHANG. PDRM Kontinjen Pahang akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 22 November sehingga 6 Disember 2021 ( Kecuali Sabtu dan Ahad ).

3) Negeri Sembilan

POTONGAN 50% TRAFIK PDRM KONTINJEN NEGERI SEMBILAN. PDRM Kontinjen Negeri Sembilan akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 29 November sehingga 8 Disember 2021.

Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter trafik di seluruh Negeri Sembilan.

4) Kedah

Diskaun Saman Trafik di Kedah.

Tarikh: 6-8 Disember 2021

Untuk semua jenis saman kecuali:

1.Tidak patuh lampu isyarat

2.Lorong kecemasan

3.Potong secara merbahaya

4.Potong di garisan berkembar

5.Kemalangan

6.Dalam perbicaraan

7.Tidak boleh kompaun

8.Kesalahan berkaitan lori

9.Pengubahsuaian ekzos

5) Perak

HEBAHAN PENGURANGAN SAMAN 50% SAMAN TRAFIK PDRM PERAK.

Tarikh diskaun: 1-31 Disember 2021. Kaunter semakan dan bayaran Saman Trafik PDRM Perak tawaran diskaun 50% akan dibuka pada ketetapan berikut:

Waktu Operasi:

Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)

Jumaat : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat 12.00 t/hari – 2.30 petang)

Lokasi : Semua Kaunter Saman Trafik PDRM Perak

Saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% :

1.Saman Kemalangan Tahun 2021

2.Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)

3.Saman Berstatus Bicara Mahkamah (’m’)

4.Saman Berkait Kenderaan M/Lori (‘β’)

5.Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong ‘Q’ Tahun 2021

6.Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021

7.Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021

8.Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021

9.Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (’ë’)

Harga saman yang layak diskaun 50% juga tertakluk kepada terma dan syarat. Semua orang awam dinasihatkan ke Kaunter saman Bahagian Siasatan dan Penguatkuatsaan Trafik Daerah terdekat untuk semak dan cetak saman yang ingin dibayar bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan kekeliruan semasa hari pembayaran.

Pembayaran melalui Kad Kredit/ Debit adalah sehingga 24 Disember 2021 sahaja.

Cara Semakan Saman Online

Perkhidmatan digital, MyBayar Saman yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Untuk membuat semakan sama ada anda mempunyai saman tertunggak atau saman trafik yang berkenaan, sila layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.

Cara Pendaftaran MyBayar Saman

Untuk mendapatkan diskaun saman ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna melalui 2 cara berikut:

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my

ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…

iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016

iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Terdapat 3 langkah yang perlu diambil untuk menggunakan portal dan aplikasi berkenaan iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran. Di mana menerusi Pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesahan OTP dan login masuk portal / aplikasi berkenaan.

Menerusi Semakan pula, pengguna boleh menyemak saman yang hendak dibayar. Notifikasi saman juga akan dipaparkan sekiranya mempunyai saman baharu. Seterusnya pengguna boleh memilih mod transaksi dalam laman Pembayaran untuk melangsaikan saman terbabit.

PDRM berharap pengurangan kompaun saman ini akan membantu orang ramai yang terkesan dalam menjelaskan saman-saman mereka yang tertunggak pada masa sukar pandemik Covid-19 ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk IPD PDRM setiap negeri masing-masing.

Sumber: Harian Post, JPJ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×