Rakyat

JPJ Tawar Diskaun Saman 70% Dari 1-30 Ogos 2020. Ini Cara Semak Saman Online

57
SHARES
Diskaun saman jpj

70% DISKAUN SAMAN JPJ DAN SPAD SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BERMULA 1 OGOS 2020 SEHINGGA 31 OGOS 2020

28 Julai – Menteri Pengangkutan Malaysia,Datuk Seri Ir Wee Ka Siong mengumumkan bahawa bersempena dengan bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tawaran yang bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333),
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334),
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Diskaun saman jpj

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di

  • semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC)
  • serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

cara bayar saman online

Cara Semak Saman Online

Semakan saman secara online boleh dibuat di laman web berikut bagi memudahkan urusan anda.

Cara Bayar Saman Online

Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 , bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut:

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna pertama kali (first time user) jika anda belum pernah berdaftar.

Kemudian login semula dan buat pembayaran melalui perkhidmatan e-services.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang diskaun saman dan cara semak saman online, anda boleh menghubungi nombor telefon pejabat JPJ terdekat atau mengirimkan pertanyaan melalui media sosial JPJ di saluran berikut:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×