Bila menggunakan lebuhraya, sudah pasti anda memerlukan baki wang di dalam kad Touch ‘n Go yang secukupnya bukan? Ada yang menggunakan kad dari syarikat tersebut sendiri dan ada juga yang menggunakan kad pengenalan supaya memudahkan diri sendiri yang tidak serabut dengan pelbagai jenis kad yang lain. Tapi, ada juga situasi apabila secara tiba-tiba nilai di dalam kad tidak cukup! Nak check Touch ‘n Go yang mana satu ni?
Macam mana nak semak baki nilai Touch ‘n Go dalam kad pengenalan sendiri? Ini caranya.
CARA CHECK TOUCH ‘N GO DALAM IC NAK TENGOK BAKI
Setiap kali lalu tol, mesti tertanya-tanya berapa baki dalam kad, cukup ke tak cukup, bila tak confident cara paling selamat ambil line paling hujung yang untuk topup tu. Dah jenuh nak beratur panjang-panjang. Bila scan lah rupanya cukup je. Penat saja beratur.
Anda tahu tak boleh guna TNG App untuk check baki kad anda! Sama ada kad TNG, mahupun yang guna IC! Dua-dua boleh semak baki! Kad Watsons pon boleh masukkan, asalkan kad tu boleh guna untuk TNG boleh masukkan dalam App!
1. Buka App TNG
2. Tap “TNG Card”
3. Tap “Add A New Card”
4. Masukkan No Kad & Nama Kad:
– untuk no kad TNG/Watsons boleh semak di belakang kad
– untuk IC, anda boleh semak serial No/MFG No kat resit yang anda dapat masa reload TNG guna IC!
5. Lepas tu “Tap Submit”! Siap!
Anda boleh semak baki, penggunaan, anda boleh hantar TNG statement kad ke email jugak tau! Dah tak payah susah hati nak fikir-fikir baki kad ada berapa.
Sumber: Jimat Kaki