Hebahan

Jom Jumpa Siti Saleha In Person & Menang Hadiah Sambil Teroka Kesenian Bandar Di Kuala Lumpur!

208
SHARES

Kuala Lumpur sememangnya adalah sebuah destinasi yang memiliki tarikannya yang tersendiri. Antaranya adalah dari segi kesenian dan kebudayaannya yang dipaparkan di pelbagai lokasi sekitar bandar Kuala Lumpur sebagai tarikan kepada rakyat Malaysia dan para pelancong.

Banyak destinasi yang memelihara kesenian negara agar tidak lapuk ditelan dek masa. Untuk terus memastikan kepebagaian seni dan budaya ini terus dipelihara, Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau dikenali sebagai CENDANA telah mengambil langkah mengadakan satu kempen menarik khusus untuk rakyat Malaysia dan ia sangat lain dari yang lain.

Jom baca artikel ini sampai habis untuk ketahui apa yang menarik dengan kempen ini.

Untuk pengetahuan anda, usaha yang dijalankan CENDANA dinamakan sebagai kempen Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur atau BAS KL. Matlamat utama kempen ini adalah untuk menarik lebih banyak penyertaan rakyat Malaysia untuk mendalami seni budaya kerana ingin menjadikan destinasi seni dan budaya negara sebagai salah satu daya tarikan utama Malaysia.

Yang lebih menarik, CENDANA memberi peluang kepada individu bertuah yang menyertai kempen BAS KL untuk merasai hi-tea experience dan museum tour guide bersama Siti Saleha di destinasi terpilih.

Dimanakah lokasi dan bila kempen BAS KL dijalankan?

Disebabkan konsep yang dibawakan adalah art discovery, banyak lokasi seni yang best dah collaborate dengan BAS KL. Di bawah ini adalah senarai penuh lokasi tersebut iaitu :

  • Jadi Batek
  • Lost In Chinatown
  • Illusion 3D Art Museum
  • KL City Gallery
  • Dewan Filharmonik Petronas
  • KL Performing Arts Centre
  • Galeri Ilham (buka dari 26 Mac)
  • Galeri PETRONAS (buka dari 20 Mac)
  • RIUH (24-25 Mac sahaja)
  • Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia
  • Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
  • Muzium Seni Islam Malaysia
  • Carcosa Seri Negara
  • Balai Seni Negara

Kempen BAS KL  bukan sahaja bakal dijalankan di destinasi seni menarik malah, turut berjalan semasa musim cuti sekolah nanti. Tunggu apa lagi, jangan lupa untuk save the date dan bawa anak-anak anda sertai kempen BAS KL dan alami pengalaman art discovery dengan ahli keluarga tercinta.

Mungkin anda belum menjejakkan kaki di beberapa destinasi di atas, jadi ini adalah masa terbaik untuk anda ke sana. Jom baca maklumat tentang beberapa destinasi best di bawah.

Carcosa Seri Negara

Pernah dengar tentang pameran Jalan Merdeka”? Buat pengetahuan anda, ”Jalan Merdeka” merupakan pameran khas anjuran Muzium Warisan Asia yang diadakan di Carcosa Seri Negara. Pameran ini mendapat sambutan baik kerana ia mempamerkan artifak yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Tujuannya adalah untuk menceritakan kepada masyarakat tentang sejarah Tanah Melayu untuk menuju kemerdekaan yang tidak tercatat sebelum ini. Salah satu artifak yang ada adalah, ‘Buku Merdeka’ yang diterbitkan pada tahun 1957 yang merupakan buku asal yang menceritakan tentang kemerdekaan kita.

Tidakkah anda berasa teruja untuk melihat artifak  yang dipamerkan dan ambil tahu apakah sejarah yang tidak tercatat itu? Apa kata kali ini, anda datang ke Carcosa Seri Negara dan lihat sendiri. Carcosa Seri Negara terletak di Jalan Kebun Bunga, Kuala Lumpur. Jangan lupa jejakkan kaki ke sini agar semangat patriotik yang mungkin semakin luntur dapat dipupuk semula.

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Terletak di Sasana Kijang di Jalan Dato Onn, di sini anda boleh ketahui pelbagai fungsi dan tanggungjawab utama Bank Negara Malaysia dan berpeluang untuk melihat pelbagai koleksi seni bank negara dari Asia Tenggara sejak tahun 1962.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat 8 galeri di bawah satu bumbung! Luangkan masa anda untuk explore semua galeri yang ada sini, maka sudah pasti banyak info yang bakal anda perolehi.

Salah satu galeri yang menjadi tarikan di sini ialah Galeri Kanak-kanak kerana galeri ini menyediakan permainan interaktif yang berasaskan Simpan, Belanja dan Kongsi. Terowong Sejuta Ringgit dan Cipta Wang Kertas Sendiri juga bakal menarik minat kanak-kanak untuk meneroka galeri ini. Bawa anak-anak anda ke sini dan biar mereka explore galeri ini sekaligus mendidik mereka tentang hal-hal kewangan. Masuk adalah percuma! Menarik bukan?

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Muzium Kesenian Islam Malaysia dinobatkan sebagai muzium terbaik negara dan muzium terbesar di Asia Tenggara. Seni binanya yang bercirikan reka bentuk moden dan kontemporari tanpa meminggirkan unsur-unsur Islam melalui lima kubahnya menjadikan muzium ini dipilih oleh Trip Advisor Travellers Choice Awards sebagai salah satu muzium terbaik di Asia.

Di sini juga terdapat Perpustakaan Kanak-kanak dan setiap hujung minggu akan ada aktiviti yang dianjurkan. Setiap hari Sabtu dan Ahad, Perpustakaan Kanak-kanak menganjurkan sesi bercerita, seni & kraf yang dikenali sebagai Workshop Weekend untuk kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun.

Tema khusus dipilih setiap minggu dan bengkel bermula dengan storytelling yang berkaitan dengan tema, diikuti dengan sesi seni dan kraf. Idea ini adalah untuk kanak-kanak meneroka kebolehan dan mengembangkan kreativiti mereka.

Dari segi koleksi pula, sudah pasti koleksi seni yang terdapat di sini merangkumi semua perkara yang melibatkan kesenian dan kebudayaan Islam seperti pakaian, senjata, mushaf Al-Quran dan banyak lagi. Oh ya, jika anda teringin melihat Al-Quran sebesar jari, maka anda perlu hadir ke muzium ini.

RIUH

RIUH adalah creative platform kepada penggemar seni tidak kiralah tarian, seni muzik atau seni persembahan. Terletak di APW Jalan Riong Bangsar, di sinilah golongan yang mencintai seni akan berkumpul dan memeriahkan suasana.

Bukan itu sahaja, jika anda berminat untuk mula berjinak-jinak dengan seni dan budaya, RIUH adalah platform yang sesuai kerana RIUH turut mengendalikan pelbagai workshop, bengkel kreatif dan persembahan secara langsung. Untuk kenali RIUH dengan lebih lanjut, anda boleh follow mereka di ig @riuhinthecity

Dewan Filharmonik Petronas

Dewan yang tersergam indah ini adalah dewan konsert pertama di Malaysia yang dibina khas untuk muzik klasik dan terletak di Menara Berkembar Petronas (KLCC). Dewan ini juga pernah menjadi tuan rumah kepada ramai seniman tempatan dan antarabangsa. Buat anda yang penggemar muzik terutama muzik klasik, destinasi ini adalah lokasi yang anda wajib hadirkan diri.

Oh ya, bulan ini juga bakal berlangsungnya Family Fun Concert yang bertajuk ‘Adventures In The Magical Kingdom’ oleh Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (25 Mac 2018). Inilah masanya untuk anda penuhi halwa telinga dengan muzik yang mengasyikkan ini.

Nikmati Pengalaman Jelajah Seni Bersama Keluarga Tercinta!

Untuk makluman anda, usaha ini berbeza sebab pihak CENDANA mengenengahkan konsep art discovery. Konsep ini sangat menyeronokkan sebenarnya kerana ia akan membawa anda meneroka pelbagai destinasi kesenian di Kuala Lumpur. Anda boleh join perjalanan ini bersama keluarga atau rakan-rakan. Menarik bukan?

Sebagai rekod penerokaan kesenian anda ke setiap destinasi, program ini menggunakan digital stamp yang dipandu bersama kod QR sebagai bukti bahawa anda telah menerokai destinasi yang terpilih. Apabila digital stamp anda dah lengkap, boleh dapat hadiah. Kalau nak tahu hadiah apa kenalah daftar dulu dengan BAS KL dan create akaun BAS KL anda

Ikuti Langkah Mudah dan Menang Hadiah!

Konsep penyertaan kempen yang dibawa BAS KL ini adalah sesuatu yang baru. Mereka menggunakan kaedah digital passport bersama kod QR untuk memastikan perjalanan art discovery anda berjalan dengan efektif dan fun. Jom follow cara-caranya di bawah ini :

  1. Keluarkan telefon pintar anda dan imbas kod QR di tempat yang sedang anda lawati. Jika anda tidak mempunyai akaun,  ia akan meminta anda untuk mengisi borang dan membuat akaun BAS KL.
  2. Anda akan terima setem digital pada passport BAS KL anda.
  3. Imbas kod QR dan window akan bertanya jumlah orang yang berada bersama anda pada hari tersebut. Sebaik sahaja anda mengisi jumlah, anda akan mendapat setem digital yang seterusnya.
  4. Setiap tempat/acara memerlukan jumlah setem yang tertentu. Sebaik sahaja selesaikan semua art discovery journey anda,  sistem akan mengucapkan tahniah kepada anda. Semak emel dan tuntut hadiah anda!

Mudah dan kelihatan fun bukan? Tunggu apa lagi, mark your calendar and join kempen BAS KL sekarang. Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh lawati laman web BAS KL dan laman web CENDANA. Klik sini. Tempoh kempen akan bermula pada 17 Mac sehingga 1 April. Sertai sekarang!

Jangan lupa follow instagram CENDANA @cendanamalaysia dan instagram Siti Saleha @sallywho. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×