Famili

3 Jenis GPS Tracker Yang Boleh Pasang Di Kereta, AWAS..Boleh Check Lokasi ‘Rahsia’ Suami!

18
SHARES
gps tracker malaysia

Pernahkah anda berasa risau apabila orang lain meminjam kereta atau motosikal anda? Jika ya, anda memerlukan penjejak GPS atau GPS tracker Malaysia  untuk memantau kenderaan anda. Penjejak GPS ialah alat yang digunakan untuk mengesan lokasi objek atau individu tertentu dengan tepat walaupun dari jauh.

Maklumlah, banyak kes yang melibatkan kehilangan individu dan juga pembohongan si suami kepada isteri dengan berlaku curang. Jadi, inilah masanya untuk anda persiapkan kenderaan yang sering diguna pakai dengan tracker.

Baca juga: Untuk Tutup Hati Suami Dari Pandang Wanita Lain..Awas, Dilarang Masuk!

JENIS GPS TRACKER MALAYSIA YANG BOLEH BELI, BOLEH ‘CHECK’ LOKASI SUAMI!

gps tracker malaysia

Penjejak GPS atau tracker GPS ialah alat yang digunakan untuk mengesan kehadiran objek. Fungsinya lagi adalah:

-Penjejak GPS boleh digunakan untuk mengesan kereta dan motosikal anda dengan tepat.
-Penjejak GPS menyediakan laporan lengkap, seperti kelajuan, sejarah tempat letak kereta atau penggunaan bahan api.
-Penjejak GPS membantu anda mematikan enjin kereta atau motosikal dari jauh supaya kenderaan itu kekal selamat apabila disewa atau digunakan oleh orang lain.

Berikut merupakan antara 3 pilihan tracker yang sering disebut ramai:

1.AirTag

gps tracker malaysia

Foto: South China Morning Post

Jika anda suka menggunakan produk Apple, terdapat penjejak khas yang boleh anda gunakan. AirTag ialah penjejak yang boleh digandingkan secara khusus dengan iOS. Saiznya hanya sebesar syiling, menjadikan penjejak ini sangat menjimatkan ruang.

2.Concox GPS Tracker

Foto: Uffizio

Jika anda sedang mencari tracker kenderaan yang boleh memberikan amaran dalam pelbagai situasi, produk ini adalah jawapannya. Penjejak GPS dari Concox ini mampu memberikan pemberitahuan apabila kenderaan itu terlebih laju dan berlaku gegaran. Selain itu, GPS tracker ini juga mampu mengesan jika bateri akan diputuskan. Satu lagi ciri yang sangat berguna ialah anda boleh mematikan enjin kenderaan anda dari jauh.

3.ZACRO GPS Tracker

Adakah anda memerlukan penjejak GPS untuk kereta atau motosikal yang dilengkapi dengan kawalan suara? Nah, produk dari ZACRO ini nampaknya sangat sesuai untuk anda. Sebabnya kerana produk ini dilengkapi dengan magnet yang kuat yang memudahkan anda memasang atau mengeluarkannya. Tambah pula, siap ada kawalan suara!

*Ada banyak lagi jenis tracker yang boleh dipasang dan anda boleh sahaja ke kedai barangan kereta untuk pemasangan yang betul. Selamat mencuba!

Baca juga: Elak Buat 7 Perkara Ini Kalau Tak Nak Enjin Kereta Cepat Rosak, Rasa Macam Kereta Baharu!

Sumber: MyBest

Foto: WestCoast GPS

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×