DIY & Kraf

Cara Buat Baja Organik Photo Synthetic Untuk Bagi Pokok Subur & Gebu Gebas!

12
SHARES

Mempunyai tanaman yang ‘gemuk-gemuk’ dan sihat-sihat sudah semestinya menjadi idaman bagi anda yang suka bercucuk-tanam bukan? Tetapi, dah bermacam jenis baja telah digunakan namun tanaman masih sendu begitu sahaja. Nak guna baja apa pula ya?

Oleh itu terdapat satu perkongsian di laman Facebook di mana anda boleh buat sendiri baja organik jenis photo synthetic supaya pokok-pokok yang anda tanam subur dan gebu-gebas! Jom cuba.

Baca juga: Cara Tanam Ros Jepun Supaya Rimbun & Lebat Bunga!

CARA BUAT BAJA ORGANIK PHOTO SYNTHETIC UNTUK POKOK SUBUR

Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB (photo synthetic bacteria). Baja ni sangat baik untuk pokok. Bahan-bahan pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga dan boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium.

BAHAN-BAHAN BAJA ORGANIK PSB

-3 biji telur (hancurkan skali dengan kulit telur)

-2 sudu ajinomoto

-1 sudu belacan

-3 sudu sos ikan

-5 liter air tanpa klorin (boleh tadah air paip dan simpan semalaman sebelum guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)

-Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nak buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.

-Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.

-Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria.

-Nak cepat sikit, tambah pati PSB (jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dalam 2 minggu dah boleh guna.

-Nanti dah jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun.

Selamat mencuba dan moga berjaya.

Sumber: Sepang Farmville

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×