Sihat

5 Perkara Penting Tentang Hand Sanitizer Yang Perlu Kita Tahu. Check Dulu Sebelum Beli!

690
SHARES

Dalam musim wabak COVID-19 yang semakin berleluasa, penggunaan hand sanitizer dah jadi semacam keperluan wajib di mana-mana.

Setiap rumah dah ada stok, dalam kereta dah standby, dalam poket atau beg tangan pun ada satu.

Secara tak langsung, demand terhadap hand sanitizer pun meningkat secara mendadak kerana ia berfungsi menyahjangkit kuman.

Dalam kesempatan ini juga, semakin banyak syarikat yang menjual hand sanitizer dan tak kurang juga yang menghasilkannya sendiri untuk dijual.

Oleh itu kita sebagai pengguna perlulah mengetahui serba sedikit tentang hand sanitizer supaya kita dapat menilai dan memilih produk yang sesuai serta berkesan untuk mencegah wabak ini.

5 Perkara Tentang Hand Sanitizer Yang Perlu Kita Tahu

1. Apakah Hand Sanitizer?

Hand sanitizer secara umunya adalah sejenis cecair / gel / buih yang digunakan untuk membasmi mikroorganisma. Pengunaannya menjadi popular sekitar tahun 1990-an.

Penggunaan hand sanitizer dianggap sebagai satu kaedah yang selesa, cepat dan mudah kerana tangan tidak basah dek air dan sabun.

Selain itu, ia senang didapati serta boleh dibawa kemana-mana. Anda boleh membeli sebotol kecil hand sanitizer di mana-mana cawangan farmasi atau kedai runcit dan ia boleh dimasukkan ke dalam poket.

Foto Kredit: (AP Photo/Ted S. Warren)

2. Kandungan Dalam Hand Sanitizer

Bahan utama dalam hand sanitizer ini sebenarnya adalah alkohol kerana alkohol boleh membunuh kuman dan menghentikan virus.

Oleh sebab itu, World Health Organization (WHO) menyarankan agar masyarakat menggunakan hand sanitizer dengan konsentrasi 60% alkohol.

Menurut Live Science, berdasarkan peraturan tahun 2019 oleh Food and Drugs Administration (FDA), sebuah produk hanya boleh digelar sebagai hand sanitizer apabila ia mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol), atau benzalkonium chloride sebagai bahan utamanya.

Foto Kredit: compounchem.com

3. Hand Sanitizer Bukan Berasaskan Alkohol

Pernah tak nampak orang jual sanitizer bebas alkohol? Adakah ianya produk tipu?

Menurut ahli kimia ChM Dr Fatimah Salim, terdapat 2 jenis hand sanitizer iaitu yang berasaskan alkohol dan bukan berasaskan alkohol.

Untuk hand sanitiser yang bukan berasaskan alkohol ini mengandungi bahan kimia aktif seperti benzalkonium chloride atau triclosan.

Kandungan bahan kimia benzalkonium chloride yang dibenarkan ialah 0.1% sahaja. Ini kerana pada dos yang tinggi, ianya boleh merengsa kulit dan menyebabkan iritasi kepada mata. Ianya juga berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.

Bahan kimia aktif triclosan pula disarankan 2% dalam formulasi hand sanitizer. Namun, masih lagi kontravesi sehingga kini FDA telah menarik penggunaannya. Ini kerana keupayaannya yang boleh mengganggu sistem endokrin (aka hormon) badan. Pun begitu, ianya (dalam dos yang lebih rendah 0.10–1.00%) banyak digunakan dalam lebih daripada 2000 produk seharian kita termasuklah sabun mandi, shampoo, deodorant, ubat gigi, cecair pencuci mulut dan sebagainya. Ianya dikatakan boleh menyumbang kepada masalah alam sekitar di mana dikhuatiri berkumpul dalam air buangan seterusnya kembali dalam air minum kita.

4. Kebaikan Hand Sanitizer

Antara kebaikan hand sanitizer adalah:

  • Membunuh kuman dengan berkesan. Pun begitu para pengguna harus memastikan kandungan alkohol adalah dalam julat 60-95% untuk memastikan keberkesanannya. Jika tidak, usaha hanya sia-sia.
  • Mudah diakses tanpa mengira tempat terutamanya semasa ketiadaan air.
  • Mudah diperolehi, murah, long shelf-life (2-3 tahun) dan tahan lama.
  • Dengan harga mampu milik dan mudah diperolehi, siapa-siapa pun boleh menggunakannya.
  • Dengan pengunaan yang hanya sedikit dan jangka hayat yang lama (2-3 tahun) juga membuatkannya tahan lebih lama, tidak perlu dibeli berulangkali.

5. Kekurangan Hand Sanitizer

Menurut ChM Dr Fatimah Salim lagi, ada beberapa perkara tentang hand sanitizer yang perlu difahami, antaranya:

  • Sesetengah jenama tidak menepati kandungan minima (60%) yang disarankan oleh FDA. Maka ianya kurang berkesan.
  • Hanya berkesan membunuh kuman. Ianya tidak mampu menanggalkan racun perosak (pesticides), kotoran, gris, minyak, warna, habuk yang melekat pada tangan. Jelas, kegunaannya tidak mampu menggantikan fungsi sabun dan air sepenuhnya.
  • Penggunaan yang terlalu KERAP akan membunuh semua jenis kuman yang mana penting juga dikenali oleh sistem pertahanan semulajadi badan untuk membina imuniti.
  • Mudah meruap dan mudah terbakar, terutamanya yang mengandungi alkohol yang tinggi (lebih daripada 90%). Maka elakkan berdekatan dengan api, dan pastikan semasa pengunaan, ianya betul-betul telah kering pada tangan.
  • Mengeringkan kulit. Namun jenis gel kurang mengeringkan kulit jika dibandingkan dengan sabun yang bersifat antimicrobial. Sesetengah produk ditambah dengan bahan kimia glycerol untuk mengurangkan kulit kering.
  • Hand sanitiser hanya digalakkan sekiranya ketiadaan sabun dan air. Ini kerana hanya sabun dan air boleh membuang spora bakteria (seperti Clostridioides difficile), parasit (seperti Cryptosporidium) dan sesetengah virus (seperti norovirus).
  • 60-80% alkohol mampu membunuh hampir semua jenis bakteria termasuklah TB dan yang telah mempunyai kerintangan.
  • 90% alkohol pula boleh membunuh pelbagai jenis virus termasuk jenis enveloped (seperti virus influenza) dan HIV. Namun tidak berkesan pada virus rabies.

Foto Kredit: DoctorxDentist.com

Basuh Tangan Lebih Berkesan!

Untuk memilih hand sanitizer yang baik, ingatlah 2 ciri ini :

  • Pilih jenis sanitizer yang berasaskan alkohol dan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol.
  • Pilih hand sanitizer yang berbentuk gel kerana ianya kurang mengeringkan kulit.

Akhir sekali, walaupun hand sanitizer adalah digalakkan untuk membunuh kuman, ia tidak mampu menggantikan fungsi sabun dan air dalam membersihkan, namun ianya bergantung kepada keperluan dan tujuan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×