Terapi

5 Tanda Handbag Mak-mak Dah Bertukar Jadi Poket Doraemon

Beg mak-mak ni selalu digelar poket Doraemon kan?

Bukan tak nak bergaya, tapi beg tangan dulu yang kecil, comel, bergaya dan bersih berkilat seolah-olah dah tak relevan dengan kehidupan kita yang sekarang.

Dah tak ada makna dah nak pakai beg tangan yang fancy dan glamor macam dulu. Nak yang kecil dan trendy? Lupakan ajelah. Nak beli yang berjenama pun fikir sepuluh dua puluh kali kan?

So, kalau ada 5 ciri ni, dah sah-sah beg tangan korang dah jadi poket Doraemon.

1. Makin Lama Makin Besar

Awal dulu masa beli rasanya tak besar sangat. Sekarang ni nak zip pun susah. Lama-lama zip tu pun boleh diabaikan terus.

Ada tu siap ‘beranak’ jadi 2-3 beg lagi.

Hmm… Sebenarnya beg yang macam nak dibawa ke pasar tulah paling sesuai. Boleh bubuh macam-macam. Senang nak angkut.

2. Cakap Aja Nak Apa, Semua Ada

Bila beg dah besar tu, apa lagi. Sumbatlah!

Cakap aja nak apa, semua ada – pen, kertas, getah, penyepit kuku, gunting, biskut, cekak rambut, panadol, plaster, mainan. Silap haribulan batu pun boleh ada dalam tu.

Duit syiling jangan cakaplah. Kalau korek-korek mau jadi jutawan kot. Tapi mencabar sikit nak cari dekat dalam tu. Bila dekat kaunter terus menggelabah, memang tak jumpa memanjang.

Kalau almari boleh sumbat dalam tu, dengan almari sekali dah bawa dah. Bila check balik, ada yang kita sendiri pun tak tahu dari mana datangnya.

Foto Kredit : jollyroom.se

3. Ramai Yang Tumpang Barang

Walaupun suami selalu perli beg besar gedabak, berat macam batu, macam nak balik kampung dan sebagainya, tapi sebenarnya kebanyakan barang dalam beg tu bukannya kita punya pun. Itulah punya prihatin mak-mak, mottonya ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Selain barang baby, beg kita akan kena hijack dengan anak yang lebih besar. Entah segala macam benda dia nak tumpang dalam beg kita. Kadang tu suami pun sibuk nak tumpang sama!

cari barang hilang

Foto Kredit: immi-canada.com

4. Stok Makanan Bergerak

Selagi budak-budak nak membesar ni memang kena bawa bekal makanan kalau ke mana-mana. Nanti kalau tak standby snek atau makanan, anak-anak kecil pun senang meragam sebab lapar.

Yelah, kadang-kadang nak tunggu order sampai lambat. Ada kala tu stuck dalam traffic jamBila budak-budak tu mengamuk, mak dia yang pening. Ada ayah dia fikir semua tu? Kalau ada, baguslah…

Lagi satu tu, senang sikit nak jimat. Kalau tak nanti habislah kena ‘pau’ aje maknya. Nak minta dengan ayah dia tau pulak segan kan?

5. Tong Sampah Sementara

Bila dah jadi pembekal makanan, kena jugalah jadi tempat pelupusan makanan.

Biasalah budak-budak ni, selalu makan tak habis bubuh balik dalam beg kita. Ada sampah apa-apa, dia tak nak pegang, beg kita juga jadi mangsa.

Sabar ajelah mak-mak ye. Asalkan diajar anak tu tak buang merata-rata, tu pun dah kira bagus tau.

Kadang-kadang Rindu Juga Nak Pakai Handbag ‘Biasa’…

Ada masanya bila lalu dekat mall bahagian handbag, rasa teringin juga nak beli handbag yang lebih bergaya. Yang ada bling bling ke, yang comel dan stylo ala Kpop.

Tapi percayalah, bila suami hadiahkan beg tangan yang cantik tu pun, last last beg pasar malam macam nilah yang lagi berjasa. Walaupun besar dan berat, kita akan rasa lebih selesa bawa beg tangan ala ‘poket Doraemon’ ni.

Lagipun, kita tahu satu hari nanti bila anak dah besar, kita boleh je nak pakai tu semua.

Bila sesekali mengemas tu, kita pun senyum sendiri tengok apa yang kita bawa di dalamnya. Dan mak-mak pun mesti selalu jumpa hasil contengan dan nota macam ni terselit dekat dalam beg Doraemon kita ni.

Kalau fikir-fikir balik, inilah juga sebabnya kita tak kisah bawa beg Doraemon ke mana-mana.

Anak-anak membesar sekejap je kan?

Most Popular

To Top