Famili

6 Sebab Memandu Dengan Anak Kecil Lagi Mencabar Daripada Memandu F1

“Adui, pening kepala Mama nak memandu ni. Duduk elok-elok boleh tak? Janganlah kacau adik tu.”

“Ya, nak apa? Kejap lagi nak sampai. Sabar sikitlah ya.”

“Dah makan tu sampahnya masuklah beg plastik.”

Bukan senang tau nak memandu dengan anak-anak kecil dalam kereta. Kadang tu rasa macam longlai dibuatnya walaupun sekadar menghantar dan ambil anak balik sekolah.

Dah macam-macam gaya dibuatnya nak mengawal keadaan dalam kereta dan pada masa yang sama kena beri perhatian juga pemanduan, terutamanya mak-mak yang memandu dengan 2,3 orang anak.

Kadang tu sampai rasa macam lagi susah daripada memandu F1 kan?

6 Sebab Memandu Dengan Anak Kecil Lagi Mencabar Daripada Memandu F1

1. Nak Start Enjin Pun Payah

Hanya mak-mak yang faham betapa nak menyiapkan budak-budak tu untuk masuk kereta pun makan masa dan meletihkan.

Seorang nak disiapkan ke sekolah, seorang lagi yang kecil nak ditukarkan pampers dan didukung.

Lepas dah siap, nak kena struggle pakaikan car seat lagi.

Silap gaya ada yang meraung sampai dah tak ada mood nak driving!

2. Fokus Ke ‘Laut’

Ada yang asyik nak tarik tangan, ada yang menangis nak susu, ada masanya bergaduh, ada pula yang nak kencing dalam traffic jam. Sabarrr je laahhh….

Dahlah mata susah nak fokus, lengan-lengan ni terasa macam sotong pun ada sebab nak mencapai macam-macam benda yang dibaling atau nak dicari bawah seat.

Kalau dapat memandu masa anak tidur tu memang ketenangan sangat.

3. Banyak Sangat Barang

Bayangkan stroller dia saja dah besar gedabak. Takut ada tempat yang rasa tak convenient nak guna stroller, kita bawa pula baby carrier.

Bila baby dah makin besar kita simpan mainan dia dalam kereta. Penting nak entertain dia dalam kereta, so memang bertukar ganti mainannya.

Lepas tu kasutnya, kipas, bantal, baju spare dan segala-galanya serba satu.  Yalah, senang bila ada emergency kan?

Bayangkan kita nak angkat semua ni dengan baby digendong dan anak-anak yang berlari-lari.

4. Meriah Lain Macam

Kalau F1 banyak sorakan, kita ni pula banyak juga sorakan. (Baca: teriakan)

Dulu kita bukan main berkira-kira bila nak makan dalam kereta. Takut tumpah dan kotor. Leceh nak cuci nanti.

Sekarang ni, kalau anak boleh makan dan duduk diam dalam kereta tu kita dah syukur sangat dah. Daripada mereka bergaduh dan menangis, lagi haru kita nak driving. Lagi-lagi kalau memandu seorang dengan anak-anak dan pasangan kita tak ada nak tolong tengokkan.

Kalau tumpah tu, perkara biasalah. Tak kuasa nak jadi singa lagi.

Kadang tu ada yang kita tak nampak dan terbiar 2-3 hari. Aduhai, manalah tak berparti lipas kat dalam kereta tu…

5. Bab Mengemas

Bila kita mengemas, mesti akan jumpa macam-macam barang yang selama ni kita duk cari. Rupanya ada kat dalam kereta, terselit dekat celah-celah car seat, bawah karpet kereta, atau bawah seat.

Biasanya barang yang kecil, contohnya baby teether, mainan, kasut atau stokin dia. Benda macam ni memang senang tercicir.

Tapi yang paling takut kalau jumpa makanan yang berkurun lamanya. Tak perasan punya pasal!

6. Bergelut Dengan Masa

Sama macam F1, kita pun selalu bergelut dengan masa. Hal ni memang selalu berlaku terutamanya kalau terlambat bangun nak hantar anak ke sekolah.

Kita suruh cepat sepuluh kali pun dia buat derk aja. Nantinya kita yang macam lipas kudung takut tak sempat.

Bila anak seorang mungkin tak rasa sangat, bila dah ada 2, 3 orang anak boleh pening dibuatnya!

Masa tu barulah faham perasaan nakkan kereta yang lebih besar. Rasa makin sempit bila nak kena bawa macam-macam kelengkapan, dengan anak-anak yang asyik bergaduh bila duduk dekat-dekat.

Kalau dulu kita suka pandang kereta jenis sporty atau bergaya, tapi sekarang kita lebih pentingkan keluasan dan keselesaan anak-anak.

Kereta terbaik untuk keluarga

Foto Kredit: okemobil.net

Memang Meriah Bila Memandu Dengan Anak-anak

Itulah ragam anak-anak bila dalam kereta. Memang meriah dibuatnya walaupun jarak perjalanan cuma dari rumah ke sekolah. Itupun dah cukup rasa macam nak pergi ‘berperang’.

Apapun, biasanya fasa ini sementara saja. Sekarang ni mak ayah kenalah banyak sabar ya…

Yang penting, utamakan keselamatan bila memandu, terutamanya dengan anak-anak kecil.

Tak lama lagi bila mereka semakin besar, kita mesti akan rindukan keadaan yang hiruk-pikuk dan kemeriahan suara mereka. Kan?

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top